RSS

Thursday, July 26, 2012

Ramadhan Buffet 2012: Sinar Ramadhan Al-Mubarak @ Utara Coffee House, Armada Petaling Jaya


Sekarang jam hampir menunjukkan jam 12.30 pm. Kalau time tak puasa, perut mesti dah berkeroncong dan berfikir nak makan apa untuk lunch nanti. Tapi time puasa kita fikirla pula nak makan apa untuk berbuka nanti. Ini ada lagi satu tempat yang korang boleh cuba sendiri di Utara Coffee House, Armada Petaling Jaya.  
Bertemakan “Sinar Ramadhan Al-Mubarak”, lebih dari 100 juadah yang boleh didapati. 


Starter dari Kerabu (Kerabu Mangga, Kerabu Sotong, Kerabu Kacang Botol and Kerabu Soo Hoon.) ke Lemang, Serunding dan Aneka Jeruk 


 
Pelbagai ulam-ulaman di Ulam-Ulam kaunter, antranya Ulam Pegaga, Ulam Raja dan Petai Papan Bakar 


 
Makanan dari Middle Eastern pula antaranya Qara Be Lahm El Ghanam (Pumpkin cooked with Lamb and Cumin), Dajaj Mehawar (Chicken with Aromatic Onion), Samkeh Harra Bil Kozhara (Spicy Fish with Coriander), Fatet Dajaj (Scented Chicken with Saffron Rice), Bayd Bil Forn (Baked Egg with Spinach). 


 
Makanan kampung juga tidak dilupakan. Hati Lembu Masak Berlada, Sayur Lodeh, Ayam Golek, Pucuk Paku Masak Ikan Masin, Kambing Masak Merah, Daging Masak Serai, Ikan Pari Masak Asam Pedas, Rendang Udang Utara, Sup Tulang Rawan, Otak-Otak, Sotong Masak Kunyit dan Serai dan Siput Sedut masak Cili Padi juga boleh di dapati di Armada. 


 
Selain itu terdapat juga Apam Balik, Roasted Lamb, Assorted Satay, Sup Tulang Kambing, Murtabak, Roti Jala, Ayam Percik Panggang dan stall bakar-bakar. 


 
Pencuci Mulut pula seperti Pengat Nangka, Bubur Pulut Hitam, Ais Kacang and Bubur Cha-Cha disediakan. 

 
Minuman yang tersedia seperti Cincau, Kelapa Muda, Jagung, Kembang Semangkuk, Selasih dan banyak lagi 



Penat la nak menaip lagi, jom kita layan gambar-gambar ni.

 

Bersama Stanton Thorn, Marketing Communications Officer 


 
Harga ramadhan buffet 2012 di Utara Coffee House: Dari RM85.00++ per person dari 23rd Julai 2012 – 18hb Ogos 2012. 

Disamping itu jom rebut RM500.00 raya voucher dengan mengikuti pertandingan yang diadakan di fanpage Armada. 

Facebook Armada: www.facebook.com/HotelArmadaPJ 
Website: www.armada.com.my 
Untuk tempahan telefon (03) 7954 6888 ext. 4557

2 comments:

hazman aka species1980 said...

adesss....rugi betul la tak dapat duduk semeja ngan awek2x kat dalam gambar tue....hehehehe

Azham Vsvc said...

Tempat ni dekat dgn IPG I dulu...cuma tak penah jejakkan kaki kt ctu hehehhehee

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.