RSS

Monday, July 23, 2012

Get Naked bersama Dermalogica


Anda tidak perlu terasa segan apabila tidak memakai apa-apa. Kempen terbaru Dermalogica®, “Get Naked” mengajak anda untuk meraikan keaslian kulit dengan membuang atau membersihkan lapisan solekan yang tebal dan segala kekotoran pada muka.

Dengan slogan “Kulit sihat tidak perlu disembunyikan”, kempen ini merupakan lanjutan daripada penekanan Dermalogica® dalam membolehkan kesihatan kulit yang sebenar diserlahkan.  

Mulai 1 Julai, sebuah trak bergerak dengan Dermalogica®’s Skin Bar bakal menjelajah ke seluruh negara. Trak in digelar “Naked Wheels”. Rakyat Malaysia kini dapat ke Skin Bar bergerak itu untuk satu sesi percuma analisis kulit Face Mapping® untuk benar-benar memahami keperluan unik kulit mereka, dan mengetahui produk Dermalogica® yang diperlukan oleh kulit mereka agar menawan tanpa solekan. 

Analisis tersebut dimulakan dengan membahagikan muka kepada 14 zon kulit untuk mengenal pasti bahagian kulit yang perlu dirawat. Pakar kulit profesional kemudiannya akan menyarankan penyelesaian yang sesuai untuk mendapatkan hasil yang optimum. 

Mereka yang melawat Naked Wheels atau mana-mana pusat Dermalogica® sepanjang kempen ini juga boleh membelek atau mencuba produk Dermalogica yang berprestasi tinggi, yang dihasilkan mengikut syarat yang ketat, berdasarkan “7-No”, tanpa warna tiruan, tanpa wangian sintetik, tanpa alkohol SD, tanpa lanolin, tanpa mineral, tanpa formaldehid, dan tanpa ramuan bukan komedogenik (yang menyumbat pori). 

Sertai gerakan Dermalogica®’s “Get Naked” bagi kesihatan kulit secara keseluruhan yang tidak perlu solekan! Layari laman www.facebook.com/dermalogica.malaysia untuk jadual lawatan Naked Wheels ke kawasan berhampiran anda untuk mendapatkan bimbingan penjagaan kulit khas untuk anda. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dermalogica® sila layari www.dermalogica.com.my

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.