RSS

Sunday, July 8, 2012

First time makan makanan Jepun di Fukuharu Japanese TERRACE


Hari tu ada event kat Fukuharu Japanese TERRACE. Nama pun terang-terang Jepun kan. Lepas event tu, adalah makan-makan. Dah buat pun kat tempat restoren Jepun, so makanan pun jepun la. Ini first time aku makan makanan Jepun. Aku pun tak tahu apa yang makan, CikLilyPutih yang bagitau apa benda nya. Yang dah biasa makan makanan Jepun mesti kenal nama makanan ni semua. Sorry aku memang tak tahu apa namanya. Aku rasa je sikit-sikit. 


 Yang ini aku makan habis. Yang lain-lain tu rasa sikit-sikit je..huhu. Ayam ni sedap! 

 
 Starter, salad. Aku bab sayur-sayur ini memang lemau sikit..hehe 



Yang lain-lain ni memang aku tak tahu apa namanya. Yang ini berasakan telur, yang hitam tu cendawan dan yang bulat tu rasa macam fish cat. Yang bulat tu je kena dengan tekak aku..huhu 



Ini ada campur sekali dengan sushi. Yang sedap sini, ikan salmon(yang ada lapik dengan sawi). Yang tu aku makan habis..huhu

 
Yang ini tak tahu lah apa, rasa sikit je...huhu


 
Ini mee dia. Erm tak tau nak explain camner..Korang kena try la 


 
Pencuci mulut ice cream teh hijau. Air teh hijau, ais krim pun teh hijau. Cek tak berapa gemor ler. So, yang minat makan makanan Jepun boleh datang ke Fukuharu Japanese TERRACE kat Hock Choon Jalan Ampang. Yang tak minat tu, tak yoh bazirkan duit. Mahal ni. Baik makan kat warong. Kesimpulan, tekak aku memang tak boleh masuk makanan Jepun. Alahai camno nak pegi Jepun ini.hehehe

2 comments:

hazman aka species1980 said...

sama la kita... tak reti sangat makanan jepun nie....kalau tempura tu okey laaa

- zuriey - said...

hazman aka species1980: huhu..memang tak leh masuk makanan jepun

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.