RSS

Monday, July 16, 2012

Clean & Clear Top Best Friends 2012


Semenjak pengumuman peraduan Top Best Friend pada bulan Mei 2012, penyertaan daripada pasangan remaja perempuan dari seluruh Malaysia begitu memberansangkan di laman Facebook Clean & Clear. 60 orang sahabat karib terpilih bagi menghadiri uji bakat, dan daripada uji bakat tersebut, 20 pasangan dipilih ke peringkat kem kecantikan. Akhir sekali, 10 pasangan terbaik dipilih sebagai finalis bagi merebut gelaran juara di pusingan akhir yang diadakan baru-baru ini di The Actors Studio @ Rooftop, Lot 10.



Eunice Tan, Pengarah Komersial bagi Johnson & Johnson di Malaysia dan Singapura berkata "Clean & Clear memahami kepentingan sahabat karib dalam hidup anak muda, oleh itu kami meraikan persahabatan sejati dengan memilih Top Best Friends yang paling serasi bersama.



Finalis Clean and Clear Top Best Friends 2012 catwalk di pusingan akhir. Cantik-cantik belaka dan nampak keyakinan mereka.



Sesi soal jawap untuk menguji minda dan keyakinan para peserta



Top Best Friends 2010, Shalma Ainaa dan Safiah serta Top Best Friends 2011, Nur Afiqah dan Nur Khaliqah berkongsi pengalaman menyertai pertandingan dan sedikit kata-kata peransang untuk peserta tahun ini. Antara Quote yang di berikan:

 "Confidence is not about conquering the mountain but about conquering yourself".



Acara penyampaian hadiah. 

5 finalis yang mendapat saguhati mendapat gelang Pandora BFF setiap seorang dan produk Clean& Clear bernilai lebih daripada RM60. 

Pasangan Paling Berkeyakinan - Yaya dan Wiwin 
Pasangan Paling Fotogenik - Nicole dan Lai Huan 
Pasangan Paling Serasi - Atiqah dan Atirah 
Pasangan Paling Berani - Anastasia dan Ilyia 

Setiap pasangan membawa pulang wang tunai RM1000, Pandora BFF dan produk Clean & Clear bernilai lebih daripada RM100 setiap seorang.



Clean & Clear Top Best Friends 2012 di menangi oleh Sara & Shana. Mereka berkawan sejak umur 7 tahun dan merupakan favourite dalam sesi Q&A.



Top Best Friends ini berjaya menjadi wajah Clean & Clear bagi tahun 2012, mendapat wang tunai bernilai RM5000, gelang pandora BFF dan stok produk Clean &Clear untuk setahun setiap seorang. Tahniah kepada mereka berdua.



Ole-ole yang aku dapat produk Clean &Clear. 

Info lanjut layari Facebook My Clean and Clear : http://www.facebook.com/mycleanclear

Kd pic to Facebook My Clean and Clear. Gambar kamera aku banyak yang kabur. Pentas jauh dan gelap.huhu

1 comments:

Ira said...

bnyk jgk product clean n clear ek.. ira br tau.. hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.