RSS

Wednesday, June 6, 2012

Review Movie: X, Janda-jandaku Gangster



Malam isnin yang lalu, aku berpeluang join Pratonton filem X. Bertempat di e@curve, majlis pratonton bermula seawal 8 malam. Kemudian ada sesi beramah mesra bersama pelakon filem. Aku takde la nak beramah sangat pun. Just tengok je diorang ni. Nak bergambar pun kamera tak bawa. hehe.. Sengal kan.  

Sinopsis filem X 

Pernah dengar lelaki kahwin lebih dari 4? Aku sendiri belum pernah la dengar. Tapi cerita ini mengisahkan seorang lelaki yang sudah beristeri 5 dan berhajat untuk tambah lagi satu. Jangan salah faham, kelima-lima isteri dia tu semuanya telah diceraikan atas sebab tertentu. 

 

Antara barisan pelakon yang membintangi filem X 

Isteri pertama - tomboy, kahwin pun sebab kena tangkap 
Isteri kedua- alim tetapi terlalu lurus bendul pula 
Isteri ketiga - pengotor dan ramai anak 
Isteri keempat- taksub dengan kekayaan 
Isteri kelima- terlalu mengongkong 

Pada mulanya kesemua bekas isteri ini memang tidak setuju dengan perkahwinan bekas suami mereka. Tapi akhirnya...mereka sendiri yang tolong menyatukan ex diorang dengan calon isteri 6. Itu je cerita dia. Senang je kan. 

Bagi aku tagline Janda-jandaku Gangster macam tak kena lah. Takde lah gangster mana pun macam cerita bini-biniku gangster tu. Cerita ini ada gak scene yang lucu tapi most of time quite boring gak..hehe. (jujur ni). Kesimpulan aku bagi 3/5 bintang. Ok-ok je cerita dia. Saksikan di pawagam 7 Jun nanti. 

Kd pic to : Facebook David Teo

3 comments:

Norliza Nordin said...

owh pegi ye. aku dapat tapi xpat pegi. sebab ibu ade kt uma.. hukhuk

KiD said...

pulak.. ni janda2 ku gengster,.. heehhehee. canggih!

KakiWayang.com said...

Kami dah tengok filem ni.

Review kami di KakiWayang.com : X Janda-Jandaku Gangster

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.