RSS

Sunday, June 24, 2012

Product Review : Maybelline Clear Smooth Minerals B.B. Cream



Sebagai jenama solek pertama di dunia, Maybelline New York sentiasa mendahului tren-tren yang terkini dalam warna-warna alat solek dan produk-produknya. Inovasi terbaru adalah B.B krim untuk perlindungan kulit muktamad. Wanita, terutama sekali di Asia, telah sedar banyaknya faedah krim B.B kepada kulit mereka. Maybelline BB Krim membantu wanita mendapatkan kulit mereka mahu – kulit sihat, rata dan sempurna.

   


Dengan BB krim anda boleh mendapat satu coverage semula jadi yang bukan sahaja boleh bernafas tetapi bertahan sehingga 12 jam, dari AM kepada PM. 


Antara kelebihan yang terdapat dalam BB Cream: 


- SPF50/PA+++ 
- Warna kulit sama rata 
- Kulit kelihatan secara semula jadi berkilau 
- Kulit lebih terhidrat 
- Menyembunyikan ketidaksempurnaan 


 


Menggunakan alat solek ataupun tidak, Clear Smooth B.B White memberikan kesan hebat kepada kulit anda. Dengan alat solek serta merta kulit 25% lebih berseri-seri dan berkilau, 9% lebih selesa dilihat, 53% lebih selesa dirasai, dan 23% lebih cerah. 

Selepas lapan minggu, Clear Smooth B.B White terbukti secara klinikal untuk kulit mengalami 20% peningkatan dalam sinar dan kilauan, 10% lebih selesa dilihat, 59% lebih selesa dirasai, 10% peningkatan dalam kelicinan warna kulit, 6% lebih cerah, 4% pengurangan dalam garis-garis halus, 21% peningkatan dalam penghidratan kulit , dan 16% peningkatan dalam penampilan keseluruhan kulit*. Dan ini ialah tanpa mana-mana alat solek! 


Cara menggunakannya mudah sahaja. Picit sedikit di jari dan sapu di muka. Kemudian ratakannya. So, anda boleh dapatkan di pasaran dengan harga RM22.90. Dapatkannya sekrang!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.