RSS

Monday, May 28, 2012

Oh My English! di Astro TVIQ

Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud (Ketua Pengarah Kementrian Pelajaran Malaysia) (Tengah kanan baju batik merah),Mr. Henry Tan (Ketua Pegawai Operasi, Astro) (Tengah Kanan Blazer Kelabu), Ms. Putri Yasmin Megat Zaharuddin (Naib Presiden, Bahagian Remaja dan Kanak-kanak, Astro) (Kiri sekali Baju Kurung Pink)

24 Mei 2012 yang lalu berlangsungnya Pelancaran Oh My English di Hotel Hilton. Astro dengan sokongan Kementerian Pelajaran telah melancarkan inisiatif pembelajaran baru melalui rancangan Oh My English, yang bertujuan memperbaiki pertuturan Bahasa Inggeris rakyat Malaysia.Pelancaran Oh My English ini menandakan bahawa Astro terus menyokong usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada tahun 2009, Astro telah bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk membawakan rancangan pembelajaran bertaraf antarabangsa kepada sekolah-sekolah di seluruh tanahair melalui Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), iaitu Kampus Astro. Projek ini telah melengkapkan 10,000 buah sekolah di Malaysia dengan set televisyen skrin rata, dekoder Astro, berserta 17 buah saluran-saluran pendidikan dan informasi termasuk saluran History, Discovery, National Geographic, Astro Tutor TV, Astro TVIQ dan lain-lain lagi.


MC Sazzy Falaq dan Azrul Zaidi 

Oh My English! merupakan sebuah komedi pendidikan yang berhasrat untuk menghiburkan para penonton dan pada masa yang sama mengajar pertuturan Bahasa Inggeris dengan betul. Oh My English! disiarkan pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)! 


 
OST Oh My English! nyanyian Liyana Jasmey dan Altimet 

Bertempat di sebuah sekolah (rekaan fiksyen) bernama SMK Ayer Dalam, Oh My English! mengikuti kisah pelajar-pelajar daripada Kelas 3 Merah yang terkenal dengan kenakalan mereka serta rekod pencapaian akademik yang kurang memuaskan. Dan apakah subjek mereka yang paling teruk? Ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Bahasa Inggeris. Namun, ketibaan seorang guru baru daripada United Kingdom bernama Henry Middleton (lakonan Zain Saidin) di sekolah itu, bakal mengubah segalanya kerana beliau bakal berhadapan dengan cabaran mengajar kumpulan pelajar yang bermasalah ini. 


 
Barisan pelakon Oh My English! 

 Menerusi 20 episod yang mengujakan, Oh My English! menampilkan barisan pelakon berpengalaman dan baru. Antaranya termasuk pelakon dan penyanyi terkenal Adibah Noor yang membawa watak sebagai pengetua. Tidak ketinggalan pelakon-pelakon komedi dan peserta Raja Lawak Mega Mr. Os dan Harun Salim Bachik. Zain Saidin pula membawa watak Henry Middleton, guru Bahasa Inggeris baru yang merupakan rakyat Malaysia yang dibesarkan di Britain. 

Di samping itu, Oh My English! juga menonjolkan bintang–bintang muda berbakat seperti Izara Aishah, Addy Ashraf dan pasangan adik beradik Ahmad Ezzrin Loy dan Nurul Ezlisa Loy. Antara pelakon-pelakon lain termasuk Mohd Zhafir Muzani, Kaameshaa Ravindran, Amer Sharrif, Tan Teong Sik dan Muhammad Akhmal Mohamad Nazri. Tidak ketinggalan juga artis-artis tersohor tanahair seperti Lisa Surihani, Rozita Che Wan dan Nabil Raja Lawak yang akan membuat penampilan istimewa serta memeriahkan lagi episod-episod tertentu. 

Layari laman resmi Oh My English! di www.ohmyenglish.com.my untuk keterangan lanjut mengenai rancangan ini atau mempelajari Bahasa Inggeris menerusi permainan-permainan interaktif dan kandungan-kandungan lain. Jangan ketinggalan untuk mengikuti video-video terkini di www.youtube.com/ohmyenglishtv. Sebagai alternatif, penonton juga boleh mengikuti laman Oh My English di laman sosial facebook di www.facebook.com/ohmyenglish untuk berkongsi pengalaman masing-masing tentang cara-cara memperbaiki Bahasa Inggeris anda. 

Jangan ketinggalan untuk menonton Oh My English! pada setiap hari Ahad pada pukul 10 pagi di Astro TVIQ (Saluran 610)!

 Untuk melanggan ASTRO, sila hubungi 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my

1 comments:

daiflora said...

adik beradik elfira loy pn dpat brlakon gk..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.