RSS

Thursday, April 5, 2012

Review Movie: My Way


Selasa yang lepas aku berpeluang menghadiri pratonton filem My Way. Ini merupakan pratonton pertama aku untuk tahun ini. Terima Kasih Ciklilyputih sudi ajak aku tonton bersama. Pada mulanya aku ingatkan ini cerita orang putih tetapi cerita Korea mengenai peperangan. Memang dalam pala ini dah fikir cerita ini mesti bosan, yela pasal perang kan. Tapi andaian aku meleset bila dah tengok cerita ini. Aku pernah cerita pasal sinopsis cerita ini sebelum ini. 

Kalau korang tak pernah baca, boleh klik SINI. Pendapat aku mengenai cerita ini, memang terbaiklah. Penceritaan membuat kita ternanti-nanti apa yang akan berlaku seterusnya. CGI yang dihasilkan memang tampak real. Ngeri pun ada tengok cerita ini, yela ada bunuh-bunuh kan. Aku tutup mata je bila tiba scene macam tu. Tak sanggup nak tengoklah. Rasa macam berada dalam perang je.Filem ini memang setanding dengan filem perang Hollywood. 


Kesimpulannya, aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini. Tak rugi korang keluar duit poket beli tiket wayang. So, sama-sama saksikan di pawagam pada 19 April 2012.

3 comments:

YaNa Yassin said...

Ending dia, yang hero Korea mati, tapi dia bg identiti kat hero Jepun. Supya dia boleh balik ke negara asal. Sedih last nyerrr :(.

Katak Gomok Sulie said...

oh..untung laaa...hahaa..

hazman aka species1980 said...

TAHUN NIE.... banyak sungguh terlepas press screening.... takpe2x boleh masuk dalam list untuk movie marathon nie...hehehehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.