RSS

Wednesday, April 18, 2012

Review Movie: Berani punya budak

Stress dengan kerja dan sebagainya? Jom rehatkan minda dan bersantai dengan menonton cerita Berani Punya Budak. Cerita aksi kelakar ini memang akan mencuit hati anda. Memang tak kering gusi dibuatnya.  

Sinopsis : BERANI PUNYA BUDAK 


Shuhaimi Abdullah/Tong dan adik iparnya, Pairot baru sahaja tiba di lapangan terbang, namun ditangkap oleh pihak Interpol dan disoal siasat kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gangster Thailand. Di sini, Shuhaimi menceritakan mengenai kehidupan abang iparnya. 



Pairot baru sahaja keluar dari penjara dan menjalani kehidupan yang biasa dengan menguruskan perniagaan restoran bersama dengan iparnya Tong. Suatu hari Pairot telah menerima satu panggilan untuk melaksanakan satu tugasan terakhir iaitu, mencuri data peribadi pelanggan daripada syarikat kad kredit. 


Pairot telah dipaksa untuk melakukan kerja tersebut setelah pemanggil menculik Tong dan mengugut untuk membunuh dia sekiranya kerja itu gagal. Pairot terpaksa melaksanakan tugas tersebut dan berjaya melepaskan Tong. Namun demikian, perkara tersebut menjadi huru-hara apabila Pairot telah dikenalpasti sebagai penjenayah dan diburu oleh pihak polis serta Metropolitan Mafia yang mana bertindak untuk untuk membunuh Pairot dan Tong. Kedua-dua mereka berjaya melepaskan diri dan bercadang untuk berjumpa dengan timbalan presiden syarikat kad kredit untuk memaklumkan bahawa Pairot tidak bertindak atas kehendak sendiri. Walau bagaimanapun, mereka semakin terperangkap di dalam situasi ini dan ia melibatkan konspirasi yang telah dirancang lebih awal dan bukan oleh orang yang mereka sangkakan. Adakah mereka dapat menegakkan keadilan untuk mereka sendiri? 

Kesimpulan aku bagi 3 dari 5 bintang untuk cerita ini. Jalan cerita dia macam pernah tengok kat filem lain lah. Tapi aksi yang di paparkan not bad. Aku tak berapa suka ending cerita ini, sebab ada sambungan la pula. Dah nak habis tu memang aku agak mengantuklah. Tapi overall cerita ini boleh tahan.Jangan lupa saksikan di pawagam minggu hadapan

Tarikh Tayangan : 26 April 2012 
Pengarah : Afdlin Shauki 
Penulis skrip : Afdlin Shauki Nat Nualpant 
Penerbit Eksekutif : Dato’ Ismail Abdur Rahman : Afdlin Shauki 
 Penerbit : Noradyman Sulaiman Terbitan : Vision Works & Ismail Holdings 
Pelakon : Afdlin Shauki, Awie, Johan Raja Lawak, Nabil, Adlin Aman Ramli, Mike B, Supaksorn Chaimongkol, Riezman Khuzaimi, Sharifah Sofia. 

1 comments:

hazman aka species1980 said...

idea... cenggini first time kat malaysia kan.... tengok trailer pun kelakar gakk..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.