RSS

Monday, February 13, 2012

Osim Perkenal Mesin Urut Kaki Termaju, uPhoria


OSIM jenama gaya hidup sihat No1 Asia dengan bangganya memperkenalkan uPhoria, mesin urut kaki termaju yang memberi tumpuan pada titik-titik meridian penting pada kaki untuk meningkatkan kesihatan dah kesejahteraan hidup. OSIM uPhoria menggabungkan urutan tradisional Cina 'Tui Na' yang melibatkan pengurutan tisu melalui kaedah tolak-tarik dengan tekanan pada urat sepanjang betis dan kaki - menimbulkan keanehan rasa 'sakit' yang selesa.


'Tui Na' merupakan satu kaedah terapi manipulatif dan rawatan tubuh badan dari negra China yang mengaplikasikan seni pertahanan diri untuk mengembalikan keseimbangan badan.


Urutan 5-dalm-1 terdapat dalam uPhoria
1. Tui Na
2. Teknik wrap-around power squeeze
3. refleksologi
4. terapi gegaran
5. kepanasan



Manfaat yang boleh didapati dengan urutan di atas:
- Melegakan rasa bisa dan lenguh kaki
- Memulih semula kecergasan betis, buku lali dan tapak kaki
- Melancarkan pengaliran darah, oksigen serta nutrien ke kaki
- Membantu menguatkan kaki

OSIM uPhoria menampilkan 4 program mengurut :



1. Relaks
-bertindak mengendur dan melegakan otot kaki tegang sementara gabungan teknik memicit kaki dan mengurut betis antara jarak kelajuan tinggi-rendah mengurangkan kesakitan dalaman -rawatan mujarab bagi kaki



2. Refleksologi
-menumpukan sasaran pada titik-titik penting sepanjang saluran meridian kaki, kombinasi urutan betis dan refleksologi penggelek kaki



3. Tidur
-mengurut betis, memicit kaki beserta getaran rendah secara perlahan tetapi berkesan.Rentak urutan telah diprogramkan bagi menigkatkan kualiti tidur

4. Toning
-dengan dwi tindakan urut picit beserta getaran aktif, program toning memantapkan otot sekali gus meningkatkan pengaliran darah. Amalkan rutin urutan dan toning untuk menyerlahkan sepasang kaki pejal dan sihat

Kesimpulan OSIM uPhoria bukan sekadar pengurut luaran untuk memanjakan kaki tetapi merawat secara menyeluruh. OSIM uPhoria dijual dengan harga runcit RM1,988 dan kini boleh didapati di semua cawangan OSIM seluruh negeri. Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi talian khidmat pelanggan OSIM di 1-800-88-9898 atau layari www.osim.com

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.