RSS

Thursday, February 16, 2012

Ladang teh yang menghijau


Lagi cerita mengenai Cameron Highland. Mesti korang muak baca kan. Ada aku kisah. Ini last post mengenai Cameron.huhu. Dari jauh nampak ladang teh ni memang sangat teruja. Cantik..Subhanallah. Ladang teh yang aku pergi ni, jalan dia memang berliku dan sempit. Memang kena sabar dan banyak tolak ansur.Bila sampai kat kemuncak sangat seronok.



Penat mengawal gear dan clash (manual katakan), berehat jap hilangkan lenguh sambil minum teh boh. Makanan sini mahal sikitlah. Tapi takpela bukan selalu datang.


Lepas minum, singgah jap kedai teh. Beli lah sekampit dua sebab nak kan cawan free.hehe. Adik aku siap pose dengan plastik beg teh.


Then, pergi melawat jap kilang memproses teh. Masa ini, aku tak nampak pun mesin tengah bergerak. Tak tahulah mesin yang dipamer tu boleh guna ke tak.


Mesin ni rosak memang tak boleh guna lah. Tapi mesin-mesin lain tak nampak lak signboard rosak.


Pose jap depan signboard ni. Bukan senang nak amik pic kat sini. Beratur orang nak ambil gambar..huhu


Cantikkan ladang teh ni. Sejuk mata memandang.


Apa lagi pose la, jangan tak pose. Macam-macam gaya de. Yela peluang macam ni bukan datang selalu


Ni lagi sorang yang tak berhenti-henti pose. Gambar dia je yang melambak.huhu.. Nak lawan kakak dia la tu..hehe..Takpela asal bahagia.

3 comments:

Ira said...

bestnye... mmg cantik kawasan ladang teh tu kan.. kalau tgk dr atas nmpk segar je...

Katak Gomok Sulie said...

arrrgggg......saya pegi jugak kamerun 2 3 minggu lepas...tp tak sempat pusing2 memandangkan jem yg amat teruk menyebabkan semua plan melarikan diri...sobsobsob.....

- zuriey - said...

Ira : betul..rasa fresh sgt
Katak Gomok Sulie: yeker..ciannya..takpe next time plan time org tak ramai

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.