RSS

Friday, February 10, 2012

Jom petik strawberi


Cameron memang sinonim dengan strawberi. Cuaca yang sejuk dan dingin memang sesuai untuk pertumbuhan strawberi. Sambungan kepada percutian di Cameron, hari kedua selepas sarapan kami pergi petik buah strawberi di Big Red Strawberry. Jalan kaki je ke tempat ini sebab dekat. Lagipun payah kalau bawa kereta jalan kecil.


Orang yang paling excited nak petik buah strawberi adalah adik aku. Dari rumah lagi dah berangan nak petik strawberi. Setiap detik duk bagitahu kat emak nak petik strawberi. Tercapai juga hasrat adik aku.


Inilah hasil tangkapan adik aku. Nampak segar kan.Geram betul tengok strawberi yang bergayut-gayut tu. Rasa nak petik semua tapi karang kena cas banyak pula. Setengah bakul ini je dah RM25.00.


Gedik jap bergambar dengan strawberi. Bukan selalu dapat pegang. Strawberi ni kalau pandai pilih yang color merah betul tu memang manis. So, kalau korang pergi Cameron jangan melepaskan peluang memetik sendiri strawberi. Bukan strawberi je yang ada kat sini macam-macam lagi yang ada. Nanti aku sambung lagi ye...Banyak gambar nak share ni..huhu

3 comments:

madammondoq said...

masa i pergi sini tak banyak pun yg masak ranum.. huhu..

hazman aka species1980 said...

gambar last tue...memang gaya gambar model betul la zuriey....

- zuriey - said...

madammondoq :yeker..org dah habis petikla2
hazman aka species1980 : oops!! biar betull..hehe..thanks

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.