RSS

Thursday, January 26, 2012

Sepupu dengan sepupu


Rasanya ramai lagi yang cuti sempena raya cina ni kan. Memang seronok cuti panjang. AKu ini pun rasa malas je nak masuk kerja balik. Masa cuti tempoh hari, aku berkesempatan berkunjung ke majlis pertunangan sepupu aku. Mula-mula macam malas je nak pergi tapi last-last pergi la juga.



Pendekkan cerita, sepupu aku yang tunang ini adalah perempuan dan si tunangnya (belah lelaki) adalah juga sepupu aku. Ayah diorang ini adik beradik dan juga adik kepada ayah aku. Macam tak percaya pada mulanya. Dah hati suka sama suka nak buat macam mana.

Ada juga persoalan adakah dibenarkan dalam Islam kahwin sepupu dengan sepupu? Adakah akan muncul masalah wali?

Aku telah google dan aku terjumpa dalil ini.

1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Kredit info : http://muis.ismaweb.net/2010/03/kahwin-sepupu/

Memamg tak salah nak kahwin sepupu dengan sepupu. Cuma zaman sekarang macam pelik sedikit bila dengar perkahwinan sebegini. Apa pun harap kedua sepupu aku ni nanti akan berbahagia hingga akhir hayat.


2 comments:

madammondoq said...

uh.. sengsara ke? nasib i tak kahwin dgn sepupu dulu.. dah hampir2 dah.. huhu..

- zuriey - said...

madammondoq : bercinta dgn sepupu gak ke..huhu

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.