RSS

Friday, January 6, 2012

Nak masuk sekolah teknik


Sesi persekolah 2012 dah pun seminggu berlalu. Mesti semua pelajar excited kan masa masuk hari pertama sekolah. Aku time sekolah dulu, memang tak suka hari pertama rasa kejap nau cuti sekolah.hehe..Jangan ikut perangai aku, pemalas nak belajar.

Adik aku tahun ini masuk tingkatan 4. PMR? Alhamdulillah melebihi dari apa yang dijangka. Adik aku ini pandai tapi malas nak belajar. Dia memang ada mohon sekolah teknik/vokasional sebelum result PMR keluar tapi hampa tak berjaya. Nak buat rayuan kena pergi sekolah tersebut, tiada siapa nak tolong bawa.

Kasihan kat adik aku, dia nak berubah angin sebenarnya tak nak stay kat sekolah lama tapi nak buat macam mana takde rezki dia. Takpela, sekolah mana-mana pun sama je sebenarnya yang penting cara kita membawa diri. Lagi pun tinggal tahun depan je sekolah lepas tu dah ambil SPM.

Harap adik aku taklah kecewa sangat sebab tak dapat pergi ke sekolah lain. Walaupun form 4 ni form 'honeymoon' tapi kena juga prepare untuk SPM tahun depan. Buktikan sekolah mana-mana pun boleh dapat keputusan yang cemerlang. Chaiyok!

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.