RSS

Tuesday, January 10, 2012

Galaxy lesung batu



Teruja for the first time dengar jenama baru Galaxy lesung batu..hehe.. Ok sorry, bukan nak mempersendakan sesiapa ye. Ini kisah seorang pembeli Samsung Galaxy S yang telah ditipu. Di ordernya telefon bimbit tapi yang dapat adalah lesung batu. Kesian kat dia. Sebanyak RM3,250 telah di bayar untuk membeli handfone tersebut.

Ini adalah risiko apabila membeli secara online.Bukan nak kata tak boleh nak beli secara online tapi kena soal selidik company tu dahulu. Biar company yang betul-betul kenal, wujud dan ada lesen. Sekarang ini macam-macam taktik nak menipu orang.

Sebab inilah aku tak berapa gemar nak beli barang secara online. Lagi satu sebabnya, takut barang yang di terima tak berkualiti seperti yang disangkakan. Hati-hati ye kepada semua, jangan terpengaruh dengan harga 'murah' yang ditawarkan sehingga kita tertipu.

Fikir sebelum bertindak!

2 comments:

hazman aka species1980 said...

Aduyai....free2x je orang tu dpat duit atas angin....tapi kalau tiket wayang okey je kot beli online kan....hehehe

madammondoq said...

lesung batu????

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.