RSS

Monday, January 9, 2012

Ezani MasterChef Malaysia Pertama


Walaupun tak berkesempatan menonton episod terakhir MasterChef tahniah aku ucapkan kepada pemenang dan semua peserta yang melayakkan diri ke Masterchef.Bagi aku semua yang bertanding dalam rancangan ini hebat belaka. Bukan senang nak cipta menu baru dalam masa yang singkat.

Juara MasterChef Malaysia yang pertama dinobatkan kepada Ezani yang merupakan seorang doktor gigi. Wanita bekerja mampu melakukannya. Bukan calang-calang MasterChef ini. Pening la Ezani nak teruskan karier sebagai Dr Gigi atau Chef.huhu



Walaupun kalah dengan Ezani, Wahidan merupakan seorang pekebun harus diberi pujian. Ini membuktikan dari mana pun latar belakang kita, kita mampu mengubahnya. Prestasi Wahidan meningkat setiap minggu.

Rancangan Masterchef harus diteruskan. Bila aku tengok anak-anak muda masuk rancangan ini rasa bangga dengan kebolehan mereka. Aku pun kena belajar memasaklah macam ini. Nak try Masterchef 2 nanti. huhu

2 comments:

Azham Vosovic said...

hehe, byk duit tu dia menang hehehe

kak ina kl said...

kalau ezani masak dan jadi doktor gigi cepat kayolah dia ni

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.