RSS

Thursday, December 8, 2011

Teater 1 Plastik Hitam


Setelah kejayaan pementasan teater Juta Juta dan teater Juta Juta Ke Putrajaya, MASK Team kini kembali dengan naskah bertajuk 1 Plastik Hitam pada 7 hingga 11 Disember 2011 di Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka. Sempena cuti sekolah, boleh bawa anak-anak menonton teater ini sambil mengisi masa lapang.

Sinopsis Teater 1 Plastik Hitam

1 Plastik Hitam mengisahkan sebuah beg plastik hitam yang ditinggalkan oleh seorang Perempuan Purdah di sebuah taman awam. Perempuan Purdah tersebut meminta jasa baik seorang Budak Permpuan Beruniform Sekolah yang sedang duduk di sebuah bangku menjaga plastik hitam tersebut sementara beliau pulang mengambil sesuatu yang tertinggal. Sebelum itu, Budak Perempuan Beruniform Sekolah juga telah diminta oleh Busker untuk ‘menengok-nengokkan’ keadaan taman tersebut. Kemudian, taman tersebut didatangi pula Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis. Kehadiran mereka berdua mencetuskan pertengkaran antara mereka berdua dan Budak Perempuan Berpakaian Sekolah mengenai kewujudan beg plastik hitam tersebut. Lelaki Perkasa dan Graduan Muflis berasa curiga dengan isi kandungan plastik hitam itu dan ingin membukanya. Apakah hasrat mereka? Apa jenis tentangan serta pergelutan di antara Lelaki Perkasa dengan Graduan Muflis? Dan apa kesudahannya?



Penulis dan Pengarah: Syahrul Fithri Musa

Latar belakang :Pensyarah Program Teater dan pensyarah di Fakulti Teknologi Kreatif & Artistik, UiTM.

-Berpendidikan Sarjana dalam jurusan teater di Universiti Sains Malaysia selepas tamat pengajian diperingkat Ijazah Pertama di Universiti Malaya

-Diploma di Institut Teknologi Seni Malaysia, juga dalam jurusan yang sama.

-Pernah terlibat dalam projek seni persembahan di peringkat antarabangsa seperti di Indonesia, Singapura dan mewakili negara dalam Asean Youth Camp, Yangon 2001 dan Future –Oriented Cooperation Project Seoul 2005.

-Teater-teater yang pernah beliau terlibat sama ada sebagai pengarah, pelakon atau penulis skrip adalah seperti Tingginya Menyapu Awan, Meja Bulat, Jangan Bunuh Diri, Kursi, Catan Buat Zuriat, Seribu Peluru Untuk Aku, Hari Ini Jam 12 Datang Lewat Dari Waktunya, Obsesi, Teater Eksperimental Rabak X, Orang Baik, Merdeka! Merdeka! Merdeka!, Root and Earth, Ronggeng Rokiah, Tunku Kudin, Jerejak, Pentas Opera, Gugurnya Kopiah Putih, dan Isteriku Tiada Susu.

-Juga terlibat dalam produksi drama, iklan dan filem fiksyen seperti Wayang dan Senario Asam Garam.

-Terbaru, beliau baru saja selesai menerbitkan dan mengarah filem pendek pertama dengan kerjasama FINAS iaitu Epal Hijau Di Luar Pagar.




Pelakon: Karl Shafek, Ameera Ramli, Fasyali Fadzly, Anas Ridzuan dan Fazleena Hishamuddin.

Pas masuk boleh didapati dengan harga RM20 pada hari persembahan dan juga boleh ditempah dengan menghubungi Hilal Azmi di talian 019 357 2093.

Makluman lanjut boleh didapati di laman Facebook dengan carian 1 Plastik Hitam atau di Twitter dengan carian hashtag #1PlastikHitam.

Sila layari youtube.com : http://www.youtube.com/watch?v=g6PDz8sNJXs untuk video promo


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.