RSS

Friday, December 16, 2011

Best Friend Dah Tunang, Saya Bila Lagi?



Lama dah menyepi kini aku kembali. Mungkin aku akan jadi chipsmore sehingga habis tahun ini. Bukan apa, aku memang tak cukup masa dek kesibukan kerja di pejabat. Semua nak kena siap cepat. Time ada keje melambak-lambak, time takde releks je..huhu

Al-kisah,aku ada 3 orang best friend budak sekolah menengah dulu. Sampai sekarang kalau keluar selalu berempatlah. Selalu kitorang duk meneka antara kami siapa yang akan bertunang dahulu. Akhirnya terjawap sudah. Tahniah pada kawanku Faezah. Bila pula nak makan nasi minyak ni..hehe


My friend Faezah yang maintain cute dari dulu sampai sekarang.Congrates dear!

Aku ni bila lagi. Aku sebenarnya risau gak dah umur-umur camni tak tunang-tunang lagi. Lagi satu bila aku try tanya ayah aku hantaran aku nanti berapa dia tak habis-habis nak minta RM20k. Memang la bapa aku ni. Siap cakap pling minima RM15k. Nampaknya lagi lambat lah aku kahwin. Mana nak cekau duit banyak tu. Nak cari anak orang kaya takde yang sudi..hahhaha

Korang doa-doakan lah aku eh. Kadang-kadang rasa tak sabar je nak kahwin (mode: gatal). Hope terbuka hari ayah aku supaya tak demand tinggi-tinggi.

2 comments:

daiflora said...

20k?uisshh..mahalnye kak..hehe..tp klu dh ade org yg syg, bpe byk pn sanggup bgi~

hazman aka species1980 said...

sama la kita....adik2x siap dah ada anak lagi...masih lagi mencari-cari... p/s :tapi 20k tu eden takdo la kan...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.