RSS

Wednesday, November 16, 2011

Sinopsis Sepah The Movie


Semua org tahu kumpulan Sepah memang berbakat dalam bidang lawak. Telatah dan idea-idea bernas yang disampaikan mereka buat kita ingat akan aksi mereka. Agaknya macam mana lah aksi mereka bila berlakon filem. Mesti lagi mencuit hati dengan persembahan bersahaja mereka tu.

Sinopsis Sepah The Movie



“ Sepah” gelak geli jejaka cross,menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang yang bergelar pekerja kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka, dan mereka terlalu obses pada motor cross.



“ Sepah” yang berkawan rapat serta mempunyai hobi yang sama sejak kecil lagi,terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama “ Ayu sofea “ ,yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti dikilang elektronik tempat mereka bekerja.




Maka berlaku,strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”.Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.




Nak tahu siapa yang menjadi pilihan Ayu Sofea? Sama-sama kita tunggu nanti movie ini di pawagam.

Tak tahu bila movie akan di tayangkan tapi yang pastinya mesti filem ini membuatkan penonton tak kering gusi.

1 comments:

hazman aka species1980 said...

arap2x kita dapat la tengok press screening kan....

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.