RSS

Thursday, November 24, 2011

Sinopsis filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP


Akan datang, filem pertama outLOUD Studios berjudul SUATU MALAM KUBUR BERASAP akan menemui anda di pawagam. Filem yang diarahkan oleh Ernie Chen ini dibintangi oleh Angah Raja Lawak, Along Raja Lawak, Zac Diamond (X-Factor), Azrul Raja Lawak, Ruminah Sidek, Allahyarham Pak Zami Ismail dan ramai lagi. Filem SUATU MALAM KUBUR BERASAP juga filem yang unik kerana menampilkan kisah-kisah hantu yang berlainan mengikut budaya dan kepercayaan rakyat Malaysia. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 22 December 2011.


Sinopsis Suatu Malam Kubur Berasap



Filem Suatu Malam Kubur Berasap ini mengisahkan mengenai 3 orang sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakkan dan tersangkut di kampung mereka.



Sejak kedatangan Mie, berlakuya perkara-perkara yang suspens dan menakutkan bila Hantu Cempaka muncul apabila kuburnya mula mengeluarkan asap.


Satu hari, mereka berempat setelah besama-sama berkongsi cerita berkenaan dengan Hantu Cempaka, dimana mereka diusik. Apakah yang sebenarnya berlaku? Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Apakah sebabnya mereka diusik? Apakah yang sebenarnya telah berlaku di Kampung Angan Tak Sudah?



Rasa tak sabar nak tunggu filem ini dipawagam. Tambah-tambah gabungan Along dan Angah mesti buat kita tak kering gusi nanti. Sama-sama kita menyokong filem tempatan. Majulah filem negara kita..:-)

4 comments:

JMR said...

ada along ngn angah, automatik aku tingat alamak toyol..weee

hazman aka species1980 said...

hurmmm... along ngan angah nie tengah laku skang kan... saya lak nak tengok si azrul tue...

KiD said...

rasa macam tak sabar lak tengok nih.. along dgn angah mmg lawak laaaaa

the::bored::sha said...

wow takut !!!! takut filem seram2 nie

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.