RSS

Wednesday, November 2, 2011

Review Movie: Alamak Toyol


Hari Selasa 1 November bertempat di Subang Parade berlangsungnya Pratonton Alamak Toyol. Aku berpeluang menyertai bersama pratonton ini. Sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak tengok cerita ini. Masa tengok trailer dia memang menarik. Tu buat aku lagi teruja nak datang.


Barisan pelakon filem Alamak Toyol

Sinopsis Alamak Toyol

Kisah mengenai 2 orang perompak Fakhrul (Angah) dan Kudin (Along) yang sering kali gagal dalam misi rompakan mereka. Sehingga satu hari nasib mereka berubah apabila merompak seorang pakcik tua, Pak Umar (Hamid Gurkha).

Pak Umar yang membela toyol ingin mencari pengganti untuk membela toyolnya. Insiden kejadian rompakan tersebut, Pak Umar mengambil kesempatan untuk memberi toyol kepada Fakhrul dan Kudin.

Selepas menerima toyol tersebut, baru mereka sedari yang toyol itu tidak pandai mencuri. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mengajar toyol supaya pandai mencuri. Persoalannya adakah toyol tersebut berjaya mencuri? Adakah mereka selama-lamanya menjaga toyol tersebut? Yang ini korang kena tengoklah kat pawagam mulai 3 November 2011.

Overall cerita ini memang kelakar, sesuai ditonton seisi keluarga. Watak utama Angah dan Along memang best, sampai penat gelak dibuatnya. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem ini. Jom ramai-ramai serang panggung!!

1 comments:

Nyamuk Terbang said...

crta nie mmg nmpk best
nk g tgk ah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.