RSS

Friday, November 4, 2011

Kakak borek adik rintik


Ada orang kata aku dengan adik aku macam kembar..Yeker?

Kd pic to Jard

Ini pepatah Melayu yang baru aku cipta..hehe.. Selalu bapa borek anak rintik ini kita kasi tukar sikit. Nak cerita pasal adik aku Ain. Minggu lepas seminggu dia duduk KL (rumah sewa aku) sebab nak merasai keseronokan pergi event. Kebetulan minggu lepas aku ada 3 event kalau tak silap dan semuanya boleh bawa pasangan. So aku angkutlah adik aku sekali.

Adik aku memang excited lah nak pergi event. Lepas habis event tu pun still tak hilang excitednya tu..hehe..


Ini masa event IPTV astro.Tengoklah muka excited dia tu..

Oleh kerana terlalu suka menghadirkan diri ke event dan telah berkenalan dengan beberapa orang blogger, sekarang ni adik aku pun dah ada blog sendiri. Amboi3..bukan main lagi. Takpe benda yang baik jangan di halang. Dari dia melepak tak tentu pasal baik dia tulis blog.


Inilah blog adik aku, zulaikhaain.blogspot.com. Polka dot lagi tu.

Bagusla2 besok dah habis SPM kalau ada event boleh join event sama-sama. Blog, blog juga tapi belajar mesti didahulukan. Welcome to the club blogger Zulaikha Ain.

1 comments:

Zulaikha Ain said...

Hehe , terujanye ade orang cerita pasal kita ! :)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.