RSS

Monday, October 24, 2011

Sesi demonstrasi memasak anjuran BESTARI dan RASA


Pagi tadi aku berpeluang menghadiri demonstrasi memasak anjuran BESTARI dan RASA. Thanks pada CikLilyPutih invite aku ke acara ini. Pagi aku dah bertolak sebab takut lambat, event ini start pukul 10.30pagi. Sekali pukul 11 baru mula. Lama juga menunggu, biasalah orang Malaysia macam tu.


Demonstrasi ini diadakan di Restoren Rebung, Bangsar. First time datang sini berpusing juga mencarinya. Parking memang payah, last sekali park atas divider.he3


Ini kali pertama aku hadiri event memasak. Orang tak pandai masak memang patut datang event ini.hehe Nampak tak siapa atas tu. Chef Florence Tan bersama orang Bestari sedang menyiapkan bancuhan untuk demonstrasi.


Khusyuk betul chef kita ini. Masa ini chef tenagh potong bahagian tengah udang dan mengurut udang supaya lurus(tak melengkung).


Tepat pukul 11 acara pun bermula. Chef Florence selaku pengacara demo ini. Sangat peramah dan happy orangnya. Tak kering gusi kami dibuatnya.


Tengok muka chef, dia siap menari masa ini. Sambil menunggu orang Bestari memasak, chef jemput sesiapa yang pandai menyanyi tampil kedepan. Bukan main sedap suara abang tu.


Berbalik kepada acara masak memasak kita, produk Bestari sangat mudah dan sedap. Memang sangat sesuai untuk mereka yang malas macam aku,hehe. Senang sangat nak menggunakannya, hanya perlu gaul dan perap ayam dengan Tepung Bestari (ada pelbagai perisa: pedas, tomyam, mamak dan lain-lain) dan air selama 30 minit macam gambar di atas. Tidak perlu menambah telur.


Selepas itu salut semula ayam tersebut dengan Tepung Bestari. Goreng dengan minyak panas suhu 175C-180C sehingga wrna perang keemasan. Itu sahaja, dan boleh dimakan selepas masak. Memang sedap!


Yang ii cucur udang. Masa goreng jangan isi terlalu banyak cucur. Agak-agakla ye.


Yang ini pula Tempora sayur (lupalah sayur apa). Selain sayur boleh buat Tempora Udang, Tempora Tempe, Tempora Keladi dan macam-macam lagi. Ikut kreativiti. Tengok tempora ini memang gebu dan rasanya yummyyyyy.


Selepas demo memasak ini, ada penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan yang dianjurkan oleh Bestari. Ini pemenang pertama, dapat RM1000.


Pemenang kedua dapat RM500


Pemenang ketiga RM300


Sebelum balik, tak sah kalau tak ambil gambar dengan Chef Florence. Hope dapat aura memasak dia tu.huhu


Produk Bestari ada 23 kesemuanya. Boleh didapati di pasaran dalam lingkungan harga RM2- RM10. Memang berpatutan.

3 comments:

madammondoq said...

wah.. lepas ni mesti u dah terer masak ni...

hazman aka species1980 said...

hurmmm.... dah dapat asam pedas melaka makan cucur orang melaka okey gak...hehehehe

- zuriey - said...

madammondoq: goreng2 bolehla..hehe
hazman aka species1980: hehe..biar org melaka try buat dulu..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.