RSS

Thursday, October 27, 2011

Review Movie: Don’t Be Afraid Of the Dark


Adik aku, Ain yang teruja datang ke GSC Mid Valley...

Aku memang dah lama tak dapat tiket wayang dari Nuffnang. Mungkin ramai sekarang ni yang mencuba nasib untuk join contest kat Nuffnang. Takpelah persaingan yang sihat. Ada rezeki tak kemana kan. Alhamdulillah hari Selasa yang lepas aku dapat invitation ke premiere screening Don’t Be Afraid Of the Dark.



Kalau tengok dari poster ini, memang dalam kepala cerita hantu ini. Mesti seram kan. Nak tahu cerita ini pasal apa, jom layan sinopsis cerita ini.

Sinopsis Don’t Be Afraid Of the Dark

Filem ini mengisahkan tentang satu keluarga yang baru berpindah ke rumah baru. Si ayah ,Alex (Guy Pearce) ingin mendirikan rumah tangga dengan Kim(Katie Holmes) tetapi anaknya Sally(Bailee Madison) tidak menyukai dengan keputusan ayahnya.



Sally yang menyendiri telah menemui bilik bawah tanah yang menyimpan seribu rahsia. Tanpa diketahui, bilik tersebut merupakan kediaman makhluk aneh yang menakutkan.



Sally sering diganggu oleh makhluk aneh selepas penemuan bilik bawah tanah tersebut. Apabila Sally memberitahu ayah dan Kim, mereka tidak mempercayainya sehinggalah pwmbantu rumah diserang oleh makhluk tersebut.



Kim yang kemudiannya membuat rujukan di perpustakaan telah mengetahui tentang makhluk tersebut.



Persoalannya adakah mereka dapat menyelamatkan diri dari makhluk itu? Apakah makhluk tersebut dan apa yang mereka mahu?

Nak tahu kena tengok kat panggung mulai 26 Oktober ini.Memang tak rugi kalau menonton cerita ini.Aku bagi 4/5 bintang untuk filem ini.

6 comments:

Azham Vosovic said...

wah...Zuriey ada kat sana gak eyh? hehehehhe

Wan85 said...

http://wanwidget.com
aik, citer baru ker ni, baru tau ada citer ni

hazman aka species1980 said...

banyak gak yea citer hantu bulan nie.... p/s : senin nanti kita jumpa time pra tonton 'aku bukan tomboy' yea

akuzle said...

byk cinta antu psl halloween kots? huhhu...

hamzah ian said...

alololo...

- zuriey - said...

Azham Vosovic :yup..ada gak ke?
Wan85: a'ah citer baru..promosi kurang kot
hazman aka species198: 2la banyak nau citer hantu..tak g la senin ni
akuzle: mungkin gak.
hamzah ian: alolololo

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.