RSS

Wednesday, October 26, 2011

Radostar Prize Malaysia 2011 Catat Sejarah Dengan Pengumuman Dua Pemenang Hadiah Utama


Aku, KakInaKl dan CikLilyPutih

Entry sambungan mengenai Radostar 2011..

Jangan terkejut bila baca tajuk entry ini. Memang realiti bukan fantasi. Memang ada 2 orang pemenang utama Radostar 2011. Sebelum aku bagitahu siapa pemenang aku nak share dulu agenda lain yang berlaku semasa event ini.


Radostar Prize Malaysia 2011, pertandingan rekaan yang menyanjung karya inovatif pereka muda kreatif di Malaysia. Ini merupakan MC untuk event hari tu.



Sebelum pengumuman pemenang, ada fashion show jam Rado. Koleksi jam terbaru Rado iaitu Rado True Thinline dan Rado Star. Aduhai, tak boleh tahan tengok model-model mempergayakan jam Rado ini. Bila aku nak merasa pakai jam ini.he2



Memang cantik model dan jam :-).. Aku suka yang color putih ini,memang favourite jam color putih.



Yang ini jam lelaki pula. Memang silau tengok jam ini.



Geram je tengok jam ini..Sabar2..hehe



Selepas itu kami di hiburkan dengan persembahan artistik oleh kumpulan START Society di bawah pimpinan Mr. Philip Wong yang berkongsi Unlimited Spirit beliau dengan mengajar kana-kanak kurang upaya bagaimana memulih dan membina semula keyakinan diri melalui seni dan persembahan.



Bukan main bersemangat kumpulan ini. Siap menari lagi tu.



Inilah hasil seni yang mereka buat. Rasanya gambar jam.



Penyampaian hadiah kepada kumpulan START Society dan Mr Philip Wong.



Dengan sebulat suara, Haris Abadi dan Lim Hong Ann telah dipilih sebagai pemenang utama Radostar 2011. Kedua-dua pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan seutas jam tangan Rado setiap seorang. Hadiah tesebut telah disampaikan oleh En Bernard Yong, Naib Presiden Rado Malaysia dan En Patric Zingg, Naib Presiden Pemasaran Rado Switzerland.



Ini adalah hasil ciptaan Haris Abadi bertajuk Your AxisMundi.



Ini pula hasil rekaan Lim Hong Ann, Go Unlimited.



Selesai sahaja penyampaian hadiah, pemenang kita ini kena interview lah dengan wartawan. Tengok tu, glamour tau masuk tv.


Itu sahaja acara yang berlangsung pada RadoStar Prize 2011. Thanks to Mr Choon (dalam gambar) kerana menjemput aku merasai sendiri kehangatan majlis ini.



Bersama Sarah Rostam yang send email invitation pada aku. Thanks a lot.



So, macam mana rasa teruja tak. Kalau korang ada bakat seni rekaan yang kreatif boleh cuba masuk Radostar tahun hadapan. Hadiah lumayan tu...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.