RSS

Tuesday, October 4, 2011

Product Review - Maybelline New York Baby Lips SPF 20 Lip Balm


Say no to CHAP LIPS

Adakah bibir anda 'chap lips'? Chap lips tu bibir yang merekah. Selalunya bibir yang kering akan selalu merekah. Anda tidak perlu risau lagi kerana Maybelline New York telah pun temui penyelesaiannya.


Memperkenalkan Baby Lips, Lip Balms of the future.

Baby Lips akan membuatkan bibir anda lembut, licin,dihidrat dan yang penting tidak merekah seperti bibir baby. Maybelinner New York Baby Lips SPF 20 Lip Balm mengandungi bahan-bahan kombinasi yang unik, 'Centella Asiatica','Botanical Cell Repair Concentrate', dan 'Superior Ingredient'.

Sekali digunakan, Baby Lips dengan serta merta melembapkan bibir selama 8 jam. Dalam masa 4 minggu, 82% kekeringan bibir akan hilang, 94% bibir kasar akan berkurangan, 77% bibir lebih lembut dan 77% bibir akan menjadi lebih cantik. Dalam masa 8 minggu bibir yang baru akan terhasil, lebih lembut dan tidak kering.


Sebelum - Bibir kering dan merekah.


Sapukan Baby Lips (yang digunakan perisa Energizing Orange)


Selepas - Bibir lebih bermaya dan lembap.


Zoom in. Nampak tak perbezaannya? Nak lagi jelas kenalah cuba sendiri.

Terdapat 4 jenis perisa,Energizing Orange,Anti Oxidant Berry, Relieving Menthol dan Smoothing Cherry. Anda boleh dapatkan Baby Lips dengan harga hanya RM10.90 disemua farmasi mulai September 2011.



BYE-BYE DRY LIPS. HELLO BABY LIPS

5 comments:

JMR said...

nk kn try gk nih utk dpt baby lips..kikhkih

sW33tdARLiNG said...

bibir merekah gak dalam cuaca skang ni.. boleh ler try beli nanti

Nzyrahun said...

macam best je hihi

Run Away said...

ye...sy ada guna..tapi bukan dari maybelline..nanti lah cuba maybelline lak...;d

- zuriey - said...

JMR: boleh2..jadi baby boy balik..hehe
sW33tdARLiNG: kita pun selalu je merekah
Nzyrahun: cubalah..
Run Away: nanti beli tau.

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.