RSS

Thursday, October 13, 2011

Product Review - Loreal New White Perfect Pearl Whitening Foundation Essence


Sentiasa menggunakan sunblock apabila keluar rumah? Selalu menggunakan kaca mata hitam terutama semasa cuaca panas terik? Jika ye, maka anda memang seorang yang amat mengambil berat akan kulit anda dari terkena bahana matahari. Kini, Loreal Paris memperkenalkan Loreal New White Perfect Pearl Whitening Foundation Essence yang membantu melindungi keputihan kulit anda dan menghasilkan kulit yang mulus,cerah dan berseri walaupun semasa panas terik.


Formula di sebalik Loreal Paris White Perfect Pearl Brush-On Whitening Foundation Essence

1. White Pearl Complex Satin Coverage
- menghasilkan kulit yang licin.

2. Melanin-Block
- mengurangkan penghasilan melanin dan kemuculan tompok/jerawat

3. Vitamin CG
- mencerahkan tona kulit

4. Hyaluronic Acid And Marine Collagen
- Kulit kekal hidrasi sepanjang hari.

5. SPF7/PA++
- Melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya.



Cara penggunaan Loreal New White Perfect Pearl Whitening Foundation Essence.


1. Tekan belakang produk ini di tangan sehingga foundation keluar. Untuk kali pertama memang kena tekan lama sikit.



2. Sapukan sedikit foundation yang ada tangan ke hidung, pipi, dagu dan dahi.


3. Gunakan berus secara silang pangkah untuk meratakan foundation ke seluruh muka. Selepas itu bersihkan berus dengan tisu kering jangan gunakan air.


Tadaaaa!!! Inilah hasil wajah yang lebih cerah dan mulus selepas menggunakan Loreal New White Perfect Pearl Whitening Foundation Essence.

Loreal New White Perfect Pearl Whitening Foundation Essence boleh didapati di semua store mulai September 2011 dengan harga RM79.90.


Muka berseri walaupun di panah mentari. Gunalah Loreal New White Perfect Pearl Whitening Foundation Essence. Rasainya sendiri!

6 comments:

zoe said...

wow macam bestje, byak tone color x zuri??

Anastasyea said...

Tentu akan lebih berkeyakinan bila wajah lebih cerah dan mulus .. (",)

www.anastasyea.com

#ciksuzlin said...

susah nak cari foundation yang betul-betul sesuai dengan kaler kulit (>____<)"

sw33tdarling said...

ehh baguslah.. ada berus..
selama ni malas betul nak pakai foundation sebab kena guna tangan

Run Away said...

sy belum mencuba lagi jenama ni...tapi nampak mcm best...

- zuriey - said...

zoe: xsure yang tau satu color ni je
Anastasyea: betul3
#ciksuzlin: mesti ada nya..teruskan pencarian
sw33tdarling: yeker..ada yg lagi suka pakai tgn
Run Away : memang best

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.