RSS

Tuesday, October 11, 2011

MyEmail,Peti Mel Digital Anda


MyEmail yang diwar-warkan untuk rakyat Malaysia sebelum ini telah pun dilancarkan. Semua boleh mendaftar di myEmail sekarang. Sebelum dilancarkan aku berkesempatan untuk melihat demo dari Tricubes tentang myEmail ini. Mari kita lihat apa kelebihan dan kegunaan myEmail ini.


En Khairun Mokhtar CEO Tricubes menerangkan tentang company Tricubes dan myEmail.


MyEmail seperti email yang lain juga, boleh menerima,menyimpan dan menghantar dokumen. Yang hebatnya MyEmail ini, kita boleh membayar bil serta merta tanpa perlu ke laman web biller.


myEmail mempunyai unlimited storage.


Ini adalah cara bagaimana e-billing. Bil akan dihantar ke email dalam bentuk pdf dimana kita boleh mengisi form yang dihantar dan membayarnya.




Benefit myEmail kepada organisasi, boleh menjimatkan kos. Kita pula boleh menerima dan membayar bil bila-bila masa sahaja.




Selain boleh membayar bil serta merta, ada juga promosi untuk pengguna myEmail.

Cara untuk menggunakan MyEmail.

1. Pergi ke websiteMyEmail, www.myemail.my. Register dahulu. Klik 'Sign Up for MyEmail'.



2. Isikan butir-butir peribadi anda. Nama dan Ic memang kena sama macam dalam IC ye.Tak sama nanti kena reject. Jangan lupa tulis bin/binti tau.



3. Pilih Id untuk myEmail anda. Id tersebut akan di generate sendiri based on nama anda. So, kalau ada nama yang sama dengan orang siapa cepat daftar dia akan dapat Id yang diinginkan.






4. Isikan email alternative anda supaya myEmail boleh menghantar pengesahan dan pengaktifan myEmail nanti.



5. Isikan perkataan yang tertera dan klik 'Register Account'



6 Dah siap. Tunggu email pengesahan dari myEmail.



Kalau ada apa-apa masalah atau kemusykilan boleh komen nanti ye. Aku akan emailkan soalan korang pada En Khairun nanti. Aku pun ada masalah masa nak register.

Bila dah boleh login nanti, aku akan share pula cara nak bayar bil dan lain-lain. Korang pun boleh daftar di myEmail sekarang untuk merasai sendiri kelebihan myEmail.

2 comments:

Run Away said...

Sy belum lagi...;d

- zuriey - said...

Run Away:buat nnti ye

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.