RSS

Saturday, October 29, 2011

Hi-Tea Party bersama Maybelline



Deepavali tempoh hari (RABU) aku dijemput oleh CikLilyPutih menghadiri small Hi-Tea Parti di rumahnya. Yang bestnya ada profesional makeup didatangkan khas dari Maybelline, Connie Ng, Ann Jie dan Cindy. Selain tu ada juga beberapa orang blogger yang hadir antaranya, Farra-Eng, Jardness, PenMerah, SumiJelly dan blogger baru adik aku Ain.




Sampai sahaja kat rumah Cik Lily, kami dijamukan dengan pelbagai juadah, laksa, bihun goreng, puding kek dengan puding gula hangus. Yang ini bihun digoreng oleh Cik Lily, sedap tau.


Amboi Connie bukan main berselera dia makan. Tengok sekali 2 bekas makanan di pegang.


Lepas perut dah kenyang, Ann Jie memperkenalkan produk terbaru Maybelline yang akan dilancarkan November ini, BB Mousse.


Sedikit info berkenaan BB Mousse ini, later aku akan post entry pasal produk ini.


Inilah dia BB Mousse yang dimaksudkan, sangat ringan dan boleh mengecilkan liang-liang muka anda.


Then, ada beberapa contest dijalankan untuk kami. Kami dibahagikan pada 3 group. Aku group dengan adik aku, Ain dan Cik Lily. First contest kami dikehendaki menulis semula kelebihan BB Mousse yang ditunjukkan sekali imbas oleh Connie. Tengok muka kitorang, siap sorok kertas taknak bagi group lain tiru. Group kitorang menang pusingan ini, hadiahnya dapat mascara Maybelline Magnum Volume Express Super Film.


Selepas itu, Cindy (makeup artis) menunjukkan cara penggunaan BB Mousse. Kami dikehendaki memakaikan salah seorang ahli group BB Mousse dalam masa 10 saat.


Ini ketiga-tiga model yang disapukan BB Mousse. Adik aku yang tengah-tengah tak sempat kitorang nak ratakan BB Mousse sepenuhnya. Tergelak aku dibuatnya, bak kata diorang macam Mickey Mouse.


Cindy menunjukkan pula pada kami cara solekan bersempena Deepavali. Then kami dikehendaki menyolek salah seorang ahli kumpulan.


Ann Jie yang siap disolek oleh Cindy. Memang cantik hasil solekan Cindy.


Dalam masa 10 minit kami kena bersolek seperti yang Cindy ajar. Time ini aku pula jadi model,adik aku makeupkan. Dia terer bab ni.hehe.. Siap kena marah suruh duk diam-diam.


Inilah hasil solekan adik aku, camne cantik tak? Group kami menang sekali lagi. Seronok sangat bila Cindy pilih group kami jadi pemenang.


Dapat satu beg isi barang makeup antaranya mascara, lipstik, bbcream dan eyeshadow. Group yang lain jeles dengan kemenangan kami..hehe


Jard (Ustazah Pilihan) dan Pen Merah yang telah dimakeupkan.


Last sekali, Cindy menunjukkan cara membuat Smocky Eyes. Model kali ini Cik Lily.


Inilah barang-barang yang aku dapat bawa balik selepas event. Sangat seronok, macam-macam ada.. Thanks Cik Lily and Maybelline.

7 comments:

zoe said...

bestnye die, asik dapat join event maybelline je kan. hehehe congrats zuriey!

mAsHiMaRo said...

wuwuwu..kite jeles:(

penmerah said...

ahaha muka ain mmg xle blah kan. sape laa yg colekkan bb mouse kt hidung dia?isk! isk!

farra-eng said...

hahahaha

sW33tdARLiNG said...

waaah seronoknya boleh join bengkel maybelline lagi erkk

hazman aka species1980 said...

good idea la diorang buat bengkel nie kat umah....lebih santai...

- zuriey - said...

zoe: tuelah rezki..tq
mAsHiMaRo : next time kalau ada leh join
penmerah: hahaha memang xboleh tahan
farra-eng: gelak guling
sW33tdARLiNG: seronok2
hazman aka species1980: yup memang santai..xdelah formal

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.