RSS

Thursday, October 20, 2011

8 tiang kepimpinan.



Sebelum ini aku ada mengikuti program 'Keepers of the flame'. Program ini mengajar kita bagaimana untuk memimpin dan jadi pemimpin yang disegani. Banyak yang aku telah belajar masa ini. Kali ini aku nak share kat korang 8 tiang asas kepimpinan.



1. Compassion (belas kasihan)
Kebolehan yang menunjukkan kita prihatin terdapat orang lain dengan menunjukkan belas kasihan, berkongsi bersama mereka, ihsan dan kebaikan kita.

2. Courage (ketabahan)
Tindakbalas bila kita menghadapi sesuatu bahaya, kesakitan,kesusahan atau kepayahan tanpa berundur menghadapinya.

3. Honesty (kejujuran)
Sedia menjadi jujur dan ikhlas tanpa memperdaya atau menipu yang orang lain atau enggan memberi informasi kepada yang lain

4. Integrity (integriti/kewibawaan)
Kebolehan membezakan yang betul dan yang salah serta menunjukkan komitmen,ketabahan dan disiplin diri dalam interaksi dengan orang lain.

5. Responsibility (tanggungjawap)
Kebolehan berfikir sebelum bertindak dan tahu akibat dari tindakan tersebut. Boleh mengawal diri dan ada disiplin diri.

6. Loyalty (kesetiaan)
Rela standby dan support orang lain tanpa cakap-cakap belakang, sebarkan khabar angin dan terlibat dengan gosip (memburukkan orang lain).

7. Fairness (keadilan)
Boleh membuat keputusan yang baik setelah mempertimbangkan semua aspek dan berlaku adil dengan semua.

8. Humility (rendah diri)
Kebolehan menunjukkan keyakinan tanpa berlagak/sombong. Mengakui kesalahan/kegagalan bukan tanda kepada kelemahan tetapi menunjukkan ketabahan dan bertanggungjawap.

*SEMUA ORANG ADALAH PEMIMPIN*

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.