RSS

Monday, September 19, 2011

Seronoknya dapat email dari pembaca blog


Terasa macam artis gitu bila dapat email dari pembaca blog. Tak sangka dalam diam ada juga yang sudi mengikuti perkembangan blog ini. Aku ini bukan hebat mana pun. Kira ramai lagi otai-otai kat luar sana. Untuk pengirim email, Cik/Puan Nurhafizah akan ku jawap persoalanmu dengan sebaik mungkin.

Sebelum menjawap terima kasih banyak-banyak kepada Cik/Puan Nurhafizah dan pembaca yang lain. Teruskan membaca dan menyokong blog ini.

Berbalik kepada email yang dihantar, jawapan kepada persoalan

"saya dah lama membuat blog sehingga saya kadang2 hampir berputus asa apabila melihat followers orang lain begitu banyak. bagaimana awak membuat blog awak macam sekarang? dengan earning awak pula?"


Tahniah kerana sudah mempunyai blog sendiri. Satu permulaan yang bagus. Menulis blog ini sama sahaja seperti kita nak ambil peperiksaan. Kalau nak ambil exam, kenalah berusaha dahulu baru akan dapat keputusan yang cemerlang. Sama macam menulis blog, kita kena rajin menulis tak kira apa pun isinya. Kita kongsikan apa yang kita tahu dan alami bersama orang lain.



Buat permulaan, Cik/Puan Nurhafizah cuba menulis 2@3 kali entry seminggu.Kalau dapat update hari-hari lagi bagus walaupun satu entry (elakkan copy paste). Kemudian rajin blogwalking ke blog orang lain. Tinggalkan komen/jejak di blog mereka supaya mereka akan tahu blog Cik/Puan Nurhafizah juga. Insyaallah kalau mereka suka dengan blog Cik/Puan Nurhafizah mereka akan jadi follower.

Inilah yang saya lakukan dari dahulu sehingga sekarang. Jika tiada idea untuk menulis boleh join contest dari Nuffnang atau dari blogger yang lain. Mana tahu kalau ada rezeki jadi pemenang. Yang penting jangan putus asa. Cik/Puan Nurhafizah pun boleh dapat follower yang banyak macam blogger lain.

Bagi saya menulis blog ini bukan semata-mata untuk earning. Kalau dapat Alhamdulillah. Saya sangat puas bila dapat berjumpa blogger lain, menulis dan berkongsi cerita dengan orang lain. Buat setakat ini, merasa juga hasil blogging walaupun tak sebanyak blogger yang lain. Cik/Puan Nurhafizah boleh register bersama Nuffnang, dengan usaha yang berterusan akan dapat hasilnya nanti.



Persoalan mengenai ChurpChurp, ianya sama seperti Nuffnang, merupakan platform pengiklanan. Seperti Nuffnang, perlu ada blog untuk mendaftar. Bagi ChurpChurp pula perlu ada akaun twitter. Saya ada buat entry khas mengenai ChurpChurp. Cik/Puan Nurhafizah boleh baca mengenainya dengan lebih lanjut di entry Be Part of ChurpChurp Today!. Kalau ada lagi kemusykilan mengenai ChurpChurp boleh bertanya di ChurpChurp


Rasanya semua persoalan telah dijawap. Harap Cik/Puan Nurhafizah berpuas hati dengan jawapan yang diberi. Kalau boleh nanti tingglkan blog url di bahagian komen nanti. Apa yang dikongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya pun masih lagi baru dalam dunia blogging dan masih banyak yang perlu belajar. Sama-sama kita share ye.

5 comments:

CikLilyPutih said...

wah cik zuriey kite nie cam artis uollsss... hehehehe

Run Away said...

hik...sy belum penah dapat email mcm tu...best kan kalau dapat...;d

Azham Vosovic said...

wah...setuju....dulu saya pon kurang follower... tp lps buat benda yg mcm Zuriey ckp tu, da okay hehehe

rebellist said...

aku setuju, yang penting kite kene perfectkan Onpage SEO, lepas tu kite leh teruskan dengan OFFpage SEO macam blog walking dan komen blog orang lain. Putus asa tu pun aku pernah rase sampai satu tahap aku hampir2 nak delete blog aku sendiri, huhu

- zuriey - said...

CikLilyPutih: hehe..tak sangka dapat email ni
Run Away: best..lagi rasa semangat nak blog
Azham Vosovic: yeker..bagus2
rebellist: 2la apa2 pun xleh putus asa

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.