RSS

Wednesday, September 7, 2011

Rumah sewa baru


Semalam aku dah mula duduk kat rumah sewa baru. Sampai je nak masuk rumah tu, pintu pula tak boleh nak buka. Ketat nau. Memang aku tak larat nak buka. Sakit punggung aku menolak pintu.hehe.. Nasib baik ada pakcik merangkap ketua level datang menolong. Dia pun berpeluh juga nak membukanya.

Malam semalam aku dengan roomate bertungkus lumus membersihkan rumah. Tuan rumah tu janji nak bersihkan tapi tak pun. Takpelah buat jelah kan. Sampai kul 12 lebih baru siap berkemas. Lega sikit biji mata ni tengok rumah dah bersih.

Hari ini first time gerak dari rumah baru ke tempat kerja. Agak jauh sedikit ke LRT. Kena redah jem sikit. Nasib baik sampai on time kat ofis.

Hari ini badan sengal sikit. Penat mengemas katakan. hehe.. Hope rumah sewa baru ini bawa keceriaan semula dalam hidup. Tengok penduduk sekeliling peramah especially pakcik dan makcik.Suka aku..hehe Kena baik-baik dengan diorang mana tau ada anak bujang ke..hehe (gatal)

4 comments:

illafira said...

cantiknya rumah sewa baru

topan said...

okey la tue.... dapat rumah yang cantik dan selesa... boleh ambil gambar dalam rumah x? mean bilik dan ruang tamu...

- zuriey - said...

illafira: itu gmbar google je..hehe
topan: nak buat apa gambar..takpayahla

daiflora said...

gle best klu umah sewa kte mcm gmbo ko tu..hehe..xpe2,kte kumpul duit beli umah macm tu..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.