RSS

Saturday, September 17, 2011

Review Movie: Libas


Hari Rabu yang lepas aku berpeluang menyertai pratonton filem Libas bertempat di Wangsa Walk. Aku datang agak lewat tapi takpe stil teruskan menonton. Thanks to abg Jejai dan kakIna for the ticket. Last minit minta tapi alhamdulillah dapat juga..

Sinopsis Libas

Adnan Saladin(Rosyam Nor) seorang pakar libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia digelar sebagai Raja Libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand).

Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia, Dali parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat Ak Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan,Megat(Beego) turut menyalahkan Adnan kerana kekalahan itu sehingga jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan dan anaknya, Ratna (Scha Al-Yahya)

Raja Libas resah apabila mengetahui Mr Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas.

Raja Libas berfikir siapakah yang harus diambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya dia menemui Hamadi (Johan Raja Lawak) dan Kumok (Fazdly) untuk digandingkan dengan Megat(pemain lama) dalam pertarungan menentang Thailand nanti. Di perlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara? Nantikan kesudahannya.



Info filem Libas.

Pelakon: Rosyam Nor, Scha Al-Yahya, Johan Rajalawak, Adam Corrie,Zek Zamri, Yuswaisar, Beego, Fadzly 'Kumok' dan ramai lagi
Pengarah: Jurey Latiff Rosli
Penerbit: Mohamed Azlan Ghazali & Rosdi Mat Yusof
CGI: Amru Najmi
Pengedaran : Skop Production Sdn Bhd

Filem ini menelan belanja RM2 juta. Pembikinan filem sudah lama pada tahun 2002 dan akan ditayangkan pada 29 September 2011. Rosyam Nor dan beberapa pelakon lain mengalami kecederaan ketika melakukan adegan Libas.

Pendapat...

Secara keseluruhan bagi aku biasa je cerita ini.Mula-mula bosan juga. Bila tiba part berlawan tu ada juga scene yang buat kita melopong (kesan CGI yang boleh dikatakan hebat). Penyeri filem ini lawak-lawak dan aksi-aksi komedi. Sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. 3/5 bintang untuk fiem ini.


Tak dapat bergambar dengan pelakon. Aku tak bawa kamera masa ini. Yang ini gambar dengan Fauziah Ghaus yang datang menyokong filem ini guna kamera KakInaKL.

3 comments:

Azham Vosovic said...

tingginya FG.... best tgk trailer LIBAS ni,

Run Away said...

Belum tgk lagi...tapi memang teringin nak tgk...;d

- zuriey - said...

Azham Vosovic: tinggi, kasut pun tinggi dan kurus orangnya
Run Away: kat pawagam 29hb nanti..tengokla ye

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.