RSS

Friday, September 23, 2011

Review Movie: Al-Hijab

Filem seram terhebat 2011 arahan Pierre Andre akan ditayangkan di pawagam 6 Oktober ini. Aku dah pun tengok filem ini masa pratonton tempoh hari. First time dengar tajuk ini memang tak tahu cerita ini genre apa. Ingat cerita macam Ayat-ayat Cinta tapi tekaan aku meleset.


Sinopsis Al-Hijab

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin.



Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka. Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka.



Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan. Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya.



Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? Pandangan aku...

- Start je cerita ini dah buat aku tutup mata. Dengan sound efek dia, memang keseramannya meresap ke dalam jiwa.

- Memang lakonan pelakon mantap terutama watak hantu. Memang menakutkan watak hantu tu. Siapalah yang berlakon jadi hantu tu..hehe

- Ada sedikit tanda tanya semasa Rafael menerima sms dari yang tidak dikenali. Macam mana eh orang tu blh tau no fon dia and tau dia nak buka hijab.

- Overall jalan cerita memang senang difahami dan teratur. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem ini.

Kepada sesiapa yang mengalami sakit jantung atau mengandung tidak digalakkan menonton. Yang suka filem seram ini mungkin filem mesti tonton untuk korang.

"BERSEDIALAH BILA HIJABMU DIBUKA....."

5 comments:

Nazz@Purple said...

Dgr review ni pon dah meremang..huhuhu

JMR said...

eh bukan ke mlm tu menjerit bukan main kuat lg..kihkihkih

Run Away said...

best.....terasa nak tgk..walaupun takut...;d

- zuriey - said...

Nazz@Purple: a'ah..seraaammm
JMR: alamak kantoi..hehe
Run Away: tutup mata jela kalau takut

noV said...

korang ni x tau ape yg seram ape yg x seram... stakat filem seram malaysia ni aku bleh menguap 100 kali dlm cinema... boring & x kreatf langsung... dgn idea filem & teknik bunyi yang byk di tiru daripada kebanyakan filem2 korea/jepun... memang tak asli...

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.