RSS

Monday, September 12, 2011

Product Review - White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener


Teknologi pencerahan mata pertama seumpamanya. Getaran yang menghilangkan lingkaran gelap, tompok dan sembap mata.

Yang pertama seumpamanya, White Perfect Micro-Vibration Eye Brightener adalah satu inovasi yang menggabungkan krim mata dan pengurut bergetar.

Idamkan mata yang tampak cerah bersinar walaupun selepas menempuh hari yang panjang di pejabat? Sesibuk mana pun, mata anda seharusnya tidak menampakkan keletihan terutama sekali apabila ada waktu tertentu yang memerlukan anda tampil segar dan menarik.

130 getaran mikro sesaat memperbaiki peredaran di sekeliling mata untuk menyusutkan kantung mata dengan lebih efisien berbanding tepukan lembut menggunakan jari. Melanin Vanish TM bahan utama yang setitis sahaja 10X lebih berkuasa, membantu menghilangkan sehingga 78% melanin. Satu lagi bahan utama: Kafein membantu menyusutkan kantung mata menerusi tindakan stimulasi.



Hasilnya? Dalam 4 minggu,lingkaran gelap dan tompok dikurangkan dan kontur mata lebih cerah.


Cara penggunaan, picit sedikit krim mata dan sapu di bawah mata seperti gambar di bawah.


Sapu krim mata dengan kuantiti secukupnya pada 5 titik yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.


On pengurut bergetar, tolak ke atas. Anda akan rasa getaran pengurut tersebut.


Letakkan pengurut bergetar pada setiap titik selama 2-3 saat.


Pada setiap mata, tolak pengurut dengan lembut seperti ditunjukkan selama 10 saat. Jangan ditarik pada arah berlawanan.

Dapatkan di pasaran dengan harga RM69.90.

3 comments:

#ciksuzlin said...

brp RM ni kak?

aibat said...

menarik..boleh beli untuk buah hati ni..:)

- zuriey - said...

#ciksuzlin: RM69
aibat: betul3..belilah..baru dia rasa dihargai

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.