RSS

Tuesday, September 27, 2011

Maybelline New York Fashion Week Workshop


Seronoknya muka semua blogger ini. Inilah semua blogger yang join Maybelline New York Fashion Week Workshop pada 16 September yang lalu. Memang enjoy dapat join event ini. Nak tahu kenapa? Jom aku cerita pada semua.



Mula-mula kami diberi penerangan mengenai Maybelline New York Fashion Week. Cara solekan yang digunakan semasa Fashion Week tu. Kemudian kami di ajar 4 cara solekan, Party Princess, GI Joe, Sexy Scarlet dan Misty



Gorgeous kan 2 model disolekkan ini. Seronok je tengok. Ternganga juga aku tengok kehebatan produk Maybelline ini.


Then kami dikejutkan dengan kehadiran super model Malaysia yang terkenal, Amber Chia. Memang tinggi dan cantik orangnya.


Amber Chia merupakan salah seorang penaja untuk workshop ini. Amber mengajar kami cara nak pose dan beraksi di hadapan kamera.


Amber Chia juga berkongsi pengalaman dia selama menjadi model. Memang peramah dan kelakar orangnya. Korang pun kalau nak tahu tips-tips jadi model dari Amber boleh join Amber Chia Academy.


Selepas itu kami diberi masa selama setengah jam untuk mencuba cara solekan yang di ajar. Time ni semua menunjukkan bakat yang terpendam..hehe


Main belasah aja makeup masa tu. Pertama kali aku makeup sendiri. Hancur. hahaha


After 30 minit makeup, amacam ada perubahan tak.hehe


Then ada promo sedikit mengenai produk terbaru Maybelline, Baby Lips. Nanti aku akan review produk tu. Kitorang di beri peluang mengambil gambar seorang demi seorang. Tu yang semua duk pegang gambar.


Ini rupa aku dengan jarak dekat lepas makeup. Tak nampak sangat makeup tu, takut nanti jadi macam tepung komak.hehe


Last sekali mestilah bergambar dengan Amber. Teruk pula muka aku time ini. Menahan gelak masa ini. Amber sporting betul siap rendahkan diri sebab nak sama tinggi dengan aku.


Sama tak pose dengan Amber..hehe

Kredit pic : Madammondoq, KakInaKL, Jardness

P/S:Tunggu nanti kemunculan video tutorial makeup pertama aku.

2 comments:

madammondoq said...

tak sabar nak tunggu video tu.. hehe..

- zuriey - said...

madammondoq: huhu berdebar2 nak bagi tgk..hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.