RSS

Friday, August 26, 2011

Selamat pulang ke kampung halaman


Sekejap dah 26 hari puasa. Start hari ini mesti ramai yang akan pulang ke kampung masing-masing. Mood bekerja pun dah hilang sebenarnya. Asyik teringat nak raya je sekarang. Biasa la tu. Rasa setahun sekali memang semua orang tertunggu-tunggu.

Aku mungkin akan pulang ke Melaka tercinta malam ini. Lepas habis pindah barang ke rumah sewa baru. Lepas raya terus duduk rumah sewa baru. Tak tahu la larat ke tak aku ini nak balik malam ini. Tapi memang teruja nak balik cepat. Hope time aku balik nanti taklah jem.

Kepada semua yang pulang ke kampung especially yang long journey, hati-hati di jalan raya. Jangan pandu laju. Biar lambat asal selamat. Kalau mengantuk berehatlah sebentar di hentian. Akhir kata selamat pulang dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

3 comments:

Ira said...

Selamat Pulang ke Kampung Zuriey. Eh da dpt rumah sewa baru? Kat mana? Selamat duduk rumah sewa baru lps raya nnt. :)

daiflora said...

raya jemput dtang umah..xkesah la umah kt mlake or rumah sewa..;-)

- zuriey - said...

Ira: thanks..Selamat pulang ke kg juga
daiflora : insyaallah

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.