RSS

Monday, August 15, 2011

Radostar Prize 2011 Lebih Besar Lebih Mantap


Rado, pembuat jam, berwawasan dari Switzerland sekali lagi menganjurkan pertandingan Radostar Prize 2011 dengan tujuan meransang dunias seni dan rekaan di Malaysia. Dahulunya dikenali sebagai The Rado Young Design Prize pada 2010.

Mengenai Rado
Sejarah Rado bermula pada 1917 di kota kecil Lengnau, Switzerland. Sejak 1990, Rado telah menerima lebih 30 anugerah rekaan antarabangsa. Kini terserlah sebagai perintis pembuat jam tangan Swiss, Rado dikaitkan dengan jam berkualiti berserta rekaan yang tiada tolok bandingan dan penggunaan bahan premium.

Mengenai Radostar.com
Radostar.com adalah komuniti rekaan online yang dikhususkan sebagai platfom penggemar seni dan rekaan dari merata dunia berkongsi hasil karya dan keghairahan mereka. Dengan kandungan seni dan rekaan yang amat relevan, dilengkapi ciri-ciri pelbagai jaringan sosial, Radostar.com menyediakan platfom digital baru kepada generasi yang bakal membentuk semula rekaan maa depan. Pelancaran rasmi Radostar.com telah berlangsung di Milan,Itali pada tahun lalu. Terkenal kerama kehebatannya merangsang inspirasi dan menyokong aspirasi, Radostar.com bertekad untuk menjadi komuniti rekaan online moden masa kini.


Pemenang the Rado Young Design Prize, Malaysia 2010 (“RYDP”) Shahrul Anuwar bin Mohamed memenangi RM10,000 dan sebuah jam r5.5.


Rekaan Shahrul Anuwar yang unik,kerusi berbentuk daun paku pakis berfungsi untuk kesihatan tulang belakang dan boleh di adjust.Nama ciptaan beliau – the ‘Fernature Chaise Lounge’.

Pada tahun ini sistem keputusan markah lebih mantapakan dilaksanakan dengan melibatkan pengundi online dan juri profesional. Pemarkahan baru ini berdasarkan nisbah 30/70- undian online 30% dan undian juri profesional 70%. Undian awam akan diambil kira dalam pemilihan lima peserta akhir. Selain itu, Rado akan memberi anugerah Pereka Pilihan berdasarkan jumlah undian awam tertinggi.


Benson Saw

Antara panel juri profesional ialah En Yong(Naib presiden Rado Malaysia), Khoon Hooi(pereka fesyen terkemuka Malaysia),Benson Saw (pemenang anugerah dan pereka hias dalaman Malaysia) dan Zanita Anuar(pengarah Innovasi Muzium, Jabatan Muzium Malaysia.)

Pertandingan ini terbuka kepada orang awam yang berminda kreatif dan penggemar rekaan di mana semua yang berminat boleh mendaftar dan menghantar penyertaan secara online di www.radostarprize.my sebelum 16September. Karya seni 5 peserta terbaik akan dipilih dan dipamerkan di Concourse Suria KLCC bermula 20 hingga 24 Oktober 2011.Juara akan diumumkan di majlis penutup pameran pada 24 Oktober 2011.

Dengan tema baru 'Share Your Unlimited Spirit', pertandingan tahun ini menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan lebih mantap,pasti hebat!


0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.