RSS

Sunday, August 14, 2011

Penyewa menghalau penyewa lain keluar rumah



Malam ini memang aku sakit hati tahap gajah dengan seorang member rumah aku ini. Memang sengal betul. Alkisahnya, si polan ini nak kahwin bulan 11 ini. So konon nak berbincang lah dengan aku dan roomate aku. Yang geramnya bukan dia berbincang tapi memberi arahan pada kitorang.

Ada ke patut dia yang kahwin, kitorang pula kena keluar sebab lepas kahwin dia nak duduk rumah ini dengan laki dia.Tahulah dia tu dah lama duduk rumah ini, tapi rumah ini bukan rumah dia.



Yang paling aku tak boleh blah, dia kata siap dah bagitau tuan rumah. Pastu siap bagitahu yang tuan rumah tu nak cari penyewa lain kalau dia keluar rumah ini. Amboi sedapnya cakap. Abis kitorang ini senang-senang je ko nak campak.

Takde makna tuan rumah rajin nak cari penyewa lainnya. Geram betul kalau rumah ini rumah dia ke aku boleh lah consider lagi. Berlagak betul. Ko nak khwin pandai-pandai lah cari rumah lain. Yang si laki pun sama gak, rumah mak dekat kl je. Ko duduklah dulu kat rumah mak ko sementara nak dapat rumah.

Aku nak jumpa je dengan tuan rumah ini, betul ke tak apa yang si polan tu cakap. Ikut suka je nak suruh orang pindah. Macam aku tak bayar duit sewa rumah. Duit bil pun aku yang pergi bayarkan kat pos ofis tau.

Korang rasa apa patut aku buat.. Ikutkan nak buat bodoh je.

4 comments:

topan said...

sila buat bodoh... ikut nasihat saya.... :))

Azham Vosovic said...

Sempena bulan Ramadhan ni, U sabar dulu...then amek pakaian dia semua, letak luar rumah hahahahah

farra-eng said...

aisey susah juga nie..tapi dia yg berurusan dengan tuan rumah sebelum nie kan

- zuriey - said...

topan: malas dah mau layan
azham: sabar la ni..takpe biarlah i mengundur diri
farra-eng: 2la pasal..xtau la dia cakap tu betul ke tak

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.