RSS

Tuesday, August 16, 2011

Minum air mandian jenazah untuk rawat penyakit


Petua baru yang baru aku tahu ini, minum air mandian jenazah boleh merawat penyakit dan juga mengatasi masalah ketagihan dadah. Payah sikit cara ini. Mana nak dapat air mandian jenazah? Kenalah tunggu kat masjid dan tunggu orang meninggal dunia.

Sebenarnya timbul cara begini kerana segelintir individu di Terengganu dikesan mencuri dan mengambil bekas air mandian jenazah serta lebihan kain kafan kononnya untuk dijadikan ubat merawat pelbagai penyakit termasuk mengatasi masalah ketagihan dadah.--> Sumber dari Harian Metro

Harap maklum semua ini merupakan amalan baru atau pelik yang tidak patut dilakukan. Tau tak yang air mandian jenazah bukannya bersih. Silap hari bulan bila kita minum bertambah pula sakitnya.

Lagipun tiada nas dalam al-Quran dan bukti saintifik membuktikan bahawa air mandian jenazah boleh sembuhkan penyakit. Kalau sakit, pergi jumpa doktor untuk mendapat rawatan sepatutnya.

Amaran keras: Jangan sesekali minum air mandian jenazah untuk rawat penyakit

3 comments:

Miea Melodies said...

Wah, sangat menakotkan lah. Sapa yg sewel sangat nak minom air mandian jenazah tu kot??? Gila btol dyorg tuhh....

H.J said...

khurafat je ni...ehe

- zuriey - said...

Miea Melodies:tuela tak betul
H.J : a'ah terlebih pula caranya

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.