RSS

Friday, August 5, 2011

Elakkan 10 Sifat Mazmumah

Ingat mengingati antara satu sama lain amat dituntut dalam agama. Sempena Ramadhan ini aku nak kongsi ingatan ini bersama. Rasa benda yang biasa tapi kadang-kadang kita lalai dan leka sampai terlepas pandang.



1. BANYAK MAKAN.
Makan dan minum yang berlebihan mengakibatkan malas, lemah dan
banyak tidur ini menyebabkan kita lalai daripada ibdadah dan zikrullah.

2. BANYAK BERCAKAP.
Banyak bercakap banyak salahnya, banyak salahnya banyak dosanya.



3. PEMARAH.
Marah yang bukan pada tempatnya dan tanpa sebab yang munasabah.

4. HASAD.
Ingin nikmat yang diperolehi oleh orang lain atau berpindah kepadanya
dan berdukacita apabila orang lain mendapat kesenangan.

5. BAKHIL.
Kedekut untuk membelanjakan harta ke jalan ALLAH dan untuk agamaNYA.

6. HUBBUL-JAH.
Kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat boleh mengakibatkan
pekerjaan seseorang itu tidak ikhlas dan mengakibatkan pergaduhan
lantaran mengejar pangkat.

7. HUBBUDDUNIA.
Gemarkan kesenangan dan kemewahan hidup, kesenangan duniawi
yang membawa lupa daripada mengerjakan kewajipan kepada ALLAH.



8. TAKABBUR.
Memandang dirinya lebih mahir dan orang lain rendah serta hina.
Merasakan pendapatnya sahaja yang betul.

9. BANGGA DIRI.
Timbul dalam hatinya bahawa dialah orang yang paling sempurna
seperti pelajarannya, akhlaknya, kecantikannya dan lain-lain.

10. RIAK.
Memperlihatkan atau menunjukkan amalan kepada orang lain.
Semata-mata hanya kerana manusia, amalannya akan menjadi
sia-sia saja.

Sama-sama kita elakkan sifat mazmumah ini sedikit demi sedikit. Memang sukar nak jadi seorang sempurna tap kita boleh berusaha ke arah itu. Wallahualam.

2 comments:

NICK IRFAN said...

sy cuma no 1 dgn no 2 mmg xde tp no 3 sampai 10 tu ada... nampaknya kena buang sikap tu

- zuriey - said...

NICK IRFAN: takpe pelan2

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.