RSS

Thursday, August 18, 2011

Apa punya anak, tak kenang budi langsung


Geram betul aku baca paper pasal ini. Memang anak yang tak kenang untung. Bukan nak buat baik pada mak bapa tapi lagi menyusahkan. Nak tahu aku membebel pasal apa ni. Pasal remaja yang dilaporkan hilang tapi rupa-rupanya dia yang merancang penculikan tersebut. Nak tahu detail klik SINI

Bulan baik macam ini patut kita tambahkan amalan dan kebaikan. Ini tidak sahaja nak cari nahas. Kasihan pada mak bapa dia yang beria mencari anaknya yang hilang.

Mesti luluh hati mak bapa dia bila tahu anak sendiri dalang penculikan tersebut. Sampai hati betul anak dia sanggup minta wang tebusan sampai RM50,000. Nak buat apa duit banyak macam tu, padahal umur baru 17.

Aku rasa budak ini nak kahwin lari dengan teman lelaki dia bila dapat wang tebusan tersebut. Sekarang ini dah kena tahan polis, padan muka. Baik minta maaf kat mak dan ayah kalau tak, tak cium bau syurga.

Peringatan kepada anak muda remaja jadikan ini satu pengajaran. Jangan sesekali ikut perangai budak ini. Buat jasa pada ibu bapa bukan buat dosa..

2 comments:

H.J said...

anak ni dah la buat nanye kat ibu bapa..pastu kantoi lak..tak pandai langsung..

- zuriey - said...

H.J: padan muka dia dah kantoi

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.