RSS

Wednesday, July 20, 2011

Review Movie: Senario Ops Pocot



Semalam aku berpeluang tengok pra tonton Senario Ops Pocot under Mig Online. Peluang macam ini memang tak boleh dilepaskn. Semalam aku lambat sikit sampai. Tiba je dah kena masuk panggung. So, tak banyak gambar dengan artis. Adalah beberapa keping nanti aku kongsikan.



Sinopsis Senario Ops Pocot

Biasa kumpulan Senario sinonim dengan gelak ketawa. Sama juga dengan filem ini sebuah cerita komedi yang mencuit hati. Azlee seorang pengawal keselamatan yang lembut dan sentiasa tidur di tempat kerja. Mazlan pula selalu dibuli orang. Manakala Wahid seorang yang cepat panik dan hidungnya akan cepat berdarah dalam keadaan tertekan.

Wahid dan Azlee telah di daftarkan menyertai Rela oleh majikan mereka. Manakala Mazlan pula disedarkan seorang wanita yang pernah menyertai Rela ketika menyelamatkannya dari dirompak.



Di sana mereka berjumpa ramai kenalan yang pelbagai watak dan di kawal oleh Pak Bad(Os). Di sana mereka menjalani latihan sebagai seorang Rela. Adakah mereka akan berubah selepas tamat latihan? Jawapannya kena tngok sendiri di pawagam. Apa yang terjadi pada mereka semasa latihan dan sesudah tamat latihan.

Kesimpulan cerita ini memang sesuai ditonton semua lapisan masyarakat. Korang akan rasa terhibur menontonnya. Selain itu, dapat pendedahan tentang latihan Rela. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk filem ini. Saksikan di pawagam 21 Julai 2011.

Tagline: Mula Paksa Rela Akhirnya Suka Rela..Rela Ke?

7 comments:

blogtilldrop said...

nanti post tau..picture sure menarik kan

Encik JI said...

senario. still idop smpi skrg. hehe

tp dah xpopular cm dlu da

JMR said...

ada gk ek semalam ek..tak terjumpa lak kita..:-p

Fitrihadi said...

boleh gi tengok ni..

hazman aka species1980 said...

mesej mengenai RELA dapat disampaikan secara santai....dan filem nie memang buat kita gelak ketawa....

DefarhanoVII a.k.a BoyPJ said...

Rela ker?...HeHeHe....
(",)

lambat pon ade gak gambar ngan artis...ok r tue

- zuriey - said...

blogtilldrop : dah post pun..
Encik JI: hidupla..beselah tak sepanjang masa popular
JMR : ada tapi lambat sampai
Fitrihadi: boleh2..tak salah pun
hazman aka species1980: betul3
DefarhanoVII a.k.a BoyPJ: jadila beberapa keping je

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.