RSS

Thursday, July 14, 2011

Review Movie: Flat 3A


Malam semalam aku berpeluang menghadiri pratonton Flat 3A. Peluang macam ini memang tak boleh dilepaskan. Balik kerja siap-siap gerak ke Sunway Piramid sebab pratonotn start awal. Yang best pratonton kali ini, selain aku dapat berjumpa pelakon-pelakon filem ini, aku dapat masuk hall sama dengan artis dan media. Malatop mak..hehe



Sinopsis Flat 3A

Filem ini merupakan filem bergenre seram. Kisah mengenai Fikah(Intan Ladyana) yang telah terlanjur dengan kekasihnya, Anas (Adey Syafrien) telah membuat keputusan untuk menggugurkan kandungannya. Selepas itu, Fikah selalu dihantui bayangan anaknya itu.




Fikah membuat keputusan untuk berpindah ke tempat lain kerana ingin memulakan kehidupan yang baru. Fikah dan kakak ofisnya telah berpindah ke flat 3a yang mana rumah tersebut merupakan rumah bomoh Kang Suman(Zaidi Omar).

Sejak duduk di situ, lagi bermacam-macam gangguan yang di alami. Persoalannya,kenapakah Fikah diganggu? Apa kaitan rumah tersebut dengan Fikah? Apakah yang telah berlaku di rumah itu?

Yang ini korang kena cari sendiri jawapannya. Kalau aku cerita nanti dah tak surprise la. Kesimpulannya cerita ini ada jalan cerita yang tersendiri dan menarik. Aku bagi 4 dari 5 bintang untuk cerita ini. Memang banyak terkejut sampai menggigit jari. hehe

Jangan lupa saksikan di pawagam bermula 14 Julai ini (hari ini la ye)

Pelakon: Intan Ladyana, Adey Syafrien,Zaidy Omar ,Khaty Azean dan ramai lagi
Pengarah :Azhari Zain

3 comments:

Ira said...

Nk tgk gak citer tu. Huhu...

- zuriey - said...

Ira: Ibu mengandung tidak digalakkan menonton..hehe

Solehah said...

sama la.tgh mengandung ni tak berani nak tgk.

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.