RSS

Monday, July 18, 2011

Product Review - Garnier Skin Natural Light


Sehingga dua tona lebih cerah dalam masa dua minggu? Ia mungkin nampak mustahil tetapi dengan Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturizing Cream baharu, bukan sahaja anda akan nampak hasilnya, malah anda juga boleh mengukur sendiri peningkatannya! Cubalah dan saksikan perbezaan kulit anda dari segi rupa dan rasanya - dengan Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturizing Cream, tona kulit dan bintik hitam akan kelihatan lebih cerah sehingga dua tona dalam hanya dua minggu!

Bagaimanakah Garnier mampu melakukannya? Diperkaya dengan dua bahan aktif semula jadi yang sangat berkesan - iaitu Pure Lemon Essence™ dan bahan pencerah revolusi terbaharunya, SnowPine WhiteSource™, yang mempunyai 10 kali lebih kuasa pencerahan berbanding Vitamin C. Digabungkan dengan teknik saintifik terkini daripada Garnier, kedua-dua bahan ini diadun menjadi rumusan mujarab yang berkuasa untuk memberikan hasil yang anda inginkan tetapi masih cukup lembut untuk penjagaan yang berpanjangan.


Untuk merasainya sendiri,aku cuba sapukan ke atas tangan.Hanya sebelah kanan sahaja aku sapukan cream ini. Cream ini sememangnya wangi.


Lihat perbezaan kulit tangan disebelah kiri dan kanan. Sebelah kanan nampak lebih cerah dan permukaan kulit lebih licin dan sekata. Ini baru pakai sekali, kalau pakai 2 minggu mesti tona kulit akan kelihatan lebih cerah dan lebih sekata.


Ingin dapatkan cream ini dipasaran? Cuma Rm19.90 anda boleh memiliki kulit yang lebih cerah dan sekata, bintik gelap juga akan berkurangan. Dapatkan segera di farmasi-farmasi utama, gedung belian dan pasaya seluruh negara.

4 comments:

kak ina kl said...

ukurlah sendiriiiiiiiiiiii

Cik Eka said...

macam nak try..tp dulu pakai tak seswai..huhu

farra-eng said...

amboi kak ina hahahaha

- zuriey - said...

kak ina kl: ye betul
Cik Eka: penah guna ke..tryla
farra-eng: hehe

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.