RSS

Sunday, July 24, 2011

Pertukaran jantina lelaki kepada wanita


Nauzubillah.. jangan pula ada pembaca datang blog ini yang berniat nak menukar jantina ye. Hari ini dalam metro ada mengupas pasal isu pertukaran jantina ini. Kepada yang tak membacanya aku nak recap sikit apa yang terkandung dalam berita berkenaan.

Kebanyakkan lelaki Malaysia yang ingin menukar jantina akan ke Thailand untuk melakukan pembedahan. Kenapa Thailand? Sebab di sana memang ada pakar dalam khidmat pembedahan tersebut tapi dengan syarat perlu mengemukakan surat kebenaran daripada pakar sakit jiwa di negara masing-masing yang mengesahkan individu itu waras dan bersetuju melakukan pembedahan atas kerelaan sendiri.

Kos pembedahan tukar jantina- 100,000 Baht (RM9,977)
Pembedahan memancungkan hidung -12,000 Baht (RM1,197)
Meruncingkan dagu -20,000 Baht (RM1,995)
Besarkan payudara- antara 40,000 Baht (RM3,990) hingga 60,000 Baht (RM5,986)

Lepas pembedahan pula timbul isu pasal anu yang dipotong tu. Hari ini baru aku tahu, tak semua anu yang dipotong tu dibuang begitu sahaja. Ada juga anu yang ditalkin dan dikebumikan. Alkisah..



Kat sini aku nak tekankan bukan senang tau nak tukar jantina ini. Macam-macam yang perlu dilalui. Dahla kena kuar duit untuk kos pembedahan, anu pula nak kena kebumikan. Lepas tu kalau orang luar tahu confirm tidak akan diterima. Sampai bila-bila tak boleh kahwin. Kalau kahwin pun tak boleh nak dapat zuriat. Yang paling penting besok masa dah meninggal nak mandi, kafan, sembahyang macam mana.

Bersyukur dengan kurniaan tuhan, jangan cuba mengubahnya. Jadilah lelaki sejati.

5 comments:

Encik JI said...

kekeke. npe la nk tukar2. alahai

- zuriey - said...

Encik JI : nak lawan ketentuan tuhan

AMMAR YASIR said...

Jem jem..elok2 dh nk tukar

Azham Vosovic said...

Setuju! Kesian sangat sebab kalau diorang da insaf nanti, still x boleh kawen...kawen pon xdpt zuriat... kecuali guna IVF.

- zuriey - said...

AMMAR YASIR: tolong nasihatkan diorang ni..hehe
Azham Vosovic : memang sampai bila pun xleh dapat darah daging sendiri

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.