RSS

Thursday, July 14, 2011

Kunci punya pasal


Aku puasa hari ini, tapi awal-awal pagi dah ada dugaan. Sabar sahajalah. Ini kes kunci laci kat ofis aku hilang. 2 kali aku selongkar beg tapi tak jumpa. Aduhai..Dah mula cuak. Mula-mula ingat nak kopak je laci ini. Yela aku simpan barang keperluan dalam tu.

Macam mana nak buat kerja, barang yang nak diguna ada dalam laci. Akhirnya aku buat keputusan untuk balik rumah takut tertinggal. Seingat aku memang takde keluarkan kunci dari beg. Takpelah try lah cari kat rumah.

Aku balik, pergi parking cek dalam kereta mana tahu ada tertinggal dalam tu tak payah aku balik rumah. Tapi hampa memang takde dalam kereta. So,nak tak nak kena balik rumah juga. Sampai muka pintu rumah aku nampak kunci tercicir kat situ.

Alhamdulillah, jumpa juga kuncinya, lega betul aku. Nasib baik aku decide nak balik cari kunci kat rumah kalau tak abis laci ini kena kopak. Bila dah kena kopak tak boleh aku nak simpan barang dalam tu lagi.

Moral of story aku kena gabungkan kunci laci ni dengan kunci yang lain. Sebabnya kalau jatuh confirm berbunyi dan aku akan perasan. Yang kunci laci ini jatuh memang aku tak perasan langsung. Penat ulang-alik rumah, take a break update blog jap..hehe

2 comments:

topan said...

jangan careless lg ek... :)

daiflora said...

crik kunci ke mengulau??hehe..klu xnk trcicir lgi,ko ltak skali kt tali yg leh gntung tu..

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.