RSS

Sunday, July 17, 2011

Kenali Duta Garnier, Lisa Surihani


Siapa tak kenal dengan Lisa Surihani? Memang menjadi pujaan setiap lelaki. Walaupun baru 25 tahun(sebaya aku) tetapi banyak kejayaan yang telah dicapainya. Artis berketinggian 5”3’ ini bukan sahaja seorang pelakon malah turut berkecimpung dalam bidang pengacaraan dan peragaan.

Dengan kecantikan aslinya, Lisa telah pun membintangi banyak iklan televisyen bagi pelbagai jenama terkenal seperti KFC, Hotlink, Pantene, Rexona dan lain-lain lagi. Rupanya yang unik dan menarik perhatian menjadikan dia laris dalam kalangan pencari bakat.


Setelah memperoleh banyak peminat dan perhatian, Lisa mula berjinak-jinak dalam bidang pengacaraan, yang sekali lagi merupakan suatu kejayaan buat Lisa memandangkan dia kini telah pun mengacarakan beberapa program televisyen. Ini termasuklah X Fresh TV, Down Memory Lane, Anugerah Angkasapuri, Expresi dan Hello 2006.

Beralih ke bidang lakonan memang banyak drama,telefilem dan filem yang dilakonkan Lisa. Lisa telah dijadikan duta jenama Garnier di Malaysia pada tahun 2010. Dia bakal tampil bukan sahaja dalam iklan majalah tetapi juga dalam iklan TV dan radio, iklan cetak serta bahan-bahan peraganiaga selain menjadi wakil jenama pada sebarang acara media.


"Ukurlah Sendiri"

2 comments:

kak ina kl said...

lisa memang cantik..tak kekwat

- zuriey - said...

kak ina kl : yup..memang sporting

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.