RSS

Tuesday, July 12, 2011

Hair Treatment with Yun Nam


Orang kata rambut adalah mahkota wanita. Yeker? Rasa lelaki pun sama juga kan. Aku dapat peluang merasai rawatan rambut di Yun Nam Dataran Pahlawan tempoh hari. Dah lama dapat tapi asyik tertangguh je sebab selalu masa appoinment ada hal lain. First session rawatan memang free.Tu yang sanggup datang.

Mula-mula kita akan jumpa dengan specialist/ advisor Yun Nam. Mereka akan ambil sedikit butir-butir diri kita. Lepas tu sesi pemeriksaan rambut. Kalau ada kutu memang tak boleh nak proceed la kan. Nak tahu apa masalah rambut aku? Aku ini sebenarnya dah lama alami masalah gugur.

Specialist tu cakap memang teruk juga masalah aku ini. Masalah gugur ini sebenarnya di sebabkan kelemumur yang telah menghalang anak rambut dari tumbuh. Normal kita akan gugur rambut dalam 100 helai. Setiap liang roma akan ditumbuhi anak rambut.



Kalau macam aku, specialist tu kata ikut keturunan aku satu liang rambut akan tumbuh 3 helai anak rambut. Ada orang yang tumbuh 4 helai. Tapi rambut aku ini ada yang liang roma dah tak tumbuh rambut langsung..huhu..

Bila specialist tu scan kulit kepala aku teruk dah rasanya. Malu pun ada gak. Nasib baik pakai tudung taklah orang tau..hehe. Lepas tu bermula la proses rawatan. Sedapnya dia cuci dan urut kepala aku. Rasa nak tidur je.

Yang tak bestnya bila dah nak habis rawatan tu, diorang ni macam paksa je kita ambil package diorang. Kalau murah takpelah, ini mahal gila. Mana aku nak cekau duit. Memang lama gila negotiate dengan diorang last sekali terpaksalah ambil package paling murah sekali. Itu pun dia kata package student.huhu. Murah2 pun harga dia RM660.

Aku memang tak bawa duit time tu. So bagilah deposit RM50 yang selebihnya boleh buat installment. Aduhai tak pasal2 tambah hutang aku. Takpela bila pikir-pikir balik duit tu labur untuk kesihatan rambut aku juga. Tak nak lah muda-muda lagi dah botak kan.


Ada sample botol kecil untuk digunakan sebelum next treatment. Lepas ini kena guna shampoo Yun Nam jelah, dibuat dari Herba. Diorang kata aku memang tak boleh guna shampoo biasa, sama atau lagi teruk nanti.


Yang ini dia suruh bagi pada kawan-kawan yang ada masalah rambut. Siapa nak ini bagi tau aku. Korang akan dapat sesi rawatan secara percuma juga. Boleh tahu tahap kesihatan rambut korang nanti..

3 comments:

Ayen... said...

hahahaha....biasalaa tu bab tipu2 gini.dulu wife kwn pun penah kena gak kat kl nun tp bkn utk rambut,utk kurus badan.ginilaa jgk mula2 bg free pastu paksa mcm2 tp kitaorg tetap jgk xnak.....hehe.

- zuriey - said...

Ayen: yeker..anyway member saya pun ada gak kena. Tapi ingat diorang taklah cam paksa bila taknak

daiflora said...

haha..xpe2..melabur untk kesihatan..;-)

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.