RSS

Sunday, July 3, 2011

Blogger Sports Carnival with CityGolf


Aku memang dah lama tak bersukan. Selalu pergi kerja balik kerja, keluar lah sikit peluh bila jalan kaki dari LRT ke ofis. Alhamdulillah, dapat peluang join Blogger Sport Carnival memang tak aku lepaskan. Event ni diadakan di CityGolf, Bangsar Shopping Center.



Datang-datang je pergi makan dulu. Inilah makanan yang disediakan untuk kami. Tapi yang tak bestnya air boleh ambil satu gelas sahaja. Memang balik rasa dahaga juga.


Ini restoren yang sponsor makanan di atas. Thanks La Bodega.


Ini game pertama yang aku main, Dart. Aduhai segan betul.Baling first time tersasar terus. Yang second and third time kenalah juga sipi. Dapat 5 markah sahaja..hehehe


Then main pula Pool ini. Yang ini lagi kelakar habis. Aku tolak angin je, memang tak boleh blah lah.Sakit perut aku gelak.hehehe


Last sekali aku main golf pula. First time pegang kayu golf ini. Berdebar juga mula-mula. Tapi nasib baik ada abang CityGolf ini yang sudi mengajar. Pukulan kali pertama memang pukul angin lah. Then kena juga bola tu walaupun tak berapa jauh. Kira hebat dah tu untuk permulaan..hehehehe

Anyway game ini semua adalah pertandingan dan pemenang diberi hadiah yang best. Nak tahu siapa yang menang? Nanti ye next entry..

2 comments:

topan said...

saja mau saya jeles!!!! uuwaaa... xdapat join!!!! :(

P/s: hurmm... jom jenjalan dan follow blog topan di http://topandiary.blogspot.com

- zuriey - said...

topan: jeles ker..lalalalalala

Related Posts with Thumbnails
 
© Copyright 2010 zuriey86. All rights reserved.